Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 28 August 2008

Pengguna Setia

Kalau orang lain sering bertukar-tukar perkhidmatan mudah alih telekomunikasi. Saya boleh berbangga (bukan riak ya) kerana menjadi pengguna setia perkhidmatan syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia iaitu CELCOM. Saya mula menggunakan khidmat CELCOM ketika pertama kali menggunakan telefon bimbit sekitar tahun 1998. Itupun setelah bekerja. Gaji pertama. Jenama telefon bimbit pilihan saya pada ketika itu adalah NORTEL. Hingga kini saya masih menggunakan talian yang sama, telefon bimbit saja yang berbeza.

Saya sangat berpuashati dengan perkhimatan yang diberikan bermula dari saat saya menggunakan khidmat CELCOM. Tidak pernah CELCOM mengecewakan saya. Banyak lokasi yang saya jelajahi di Malaysia mempunyai khidmat CELCOM. Dari lautan hinggalah ke pergunungan.

Kebetulan di akhir tahun lepas saya sengaja menggunakan khidmat MAXIS. Sekadar mencuba. CELCOM tetap ada. Masih digunakan. Khidmat MAXIS tidak sebaik CELCOM. Hanya hebat di kota. Namun MAXIS pandai menghargai pelanggannya. Walaupun baru 8 bulan menggunakan khidmat MAXIS saya telah diberikan hadiah harijadi yang istimewa oleh MAXIS. Sebagai menghargai pelanggan mereka yang menyambut harijadi. Saya dihadiahkan panggilan percuma ke semua talian MAXIS sepanjang 24 jam bermula tengah malam tadi. Terima kasih MAXIS.

Namun hari ini sungguh mengecewakan saya sebagai pengguna setia CELCOM. Biarpun sudah genap 10 tahun saya setia menggunakan khidmat CELCOM namun tidak sekalipun saya merasa menggunakan khidmat itu secara percuma. Kedekutnya.

Secara kebetulan pula, awal pagi tadi ada seorang staf dari CELCOM menelefon saya untuk menyemak biodata saya untuk dihantar bil pertama. Ini kerana hari Isnin lepas saya telah bertukar dari prabayar ke pascabayar. Saya ingatkan nak bagi penggilan percuma atau nak ucapkan Selamat Hari Jadi. Tapi sebaliknya. Cuma nak semak biodata pelanggan.

Setelah disemak semua biodata saya, staf CELCOM bertanya, "Encik Hisyam ada apa-apa pertanyaan berkaitan khidmat CELCOM". Terus muka tak malu saya bertanya, "Tak ada hadiah panggilan percuma ka untuk saya sebagai hadiah harijadi ke 34". Terkejut staf CELCOM terbabit. Mungkin dia malu. Tak perasan hari ni 28 Ogos. Walaupun sebentar tadi baru disemak biodata saya. Tapi dia mengaku tak perasan. Dia minta maaf. Jawapan seterusnya menghampakan. Tiada panggilan percuma. Namun saya tak kisah. Saya maafkan beliau walaupun hari ini bukan hari raya. hehehe...

Sekadar nak berkongsi cerita pengguna setia yang dipinggirkan.

19 comments:

wegreentheearth said...

selamat harijadi yang ke-34 bos..
semoga panjang umur murah rezeki dan berbahagia selalu..

aboy said...

Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 34 boss..Semoga boss sekeluarga selamat di dunia dan akhirat dan berbahgia selalu..amin

ChTan said...

Fren,

SELAMAT HARI JADI OR SELAMAT HARI LAHIR SYAM OK.

Semoga makin "Muda" makin banyak rezeki menanti Bye.

Anonymous said...

Salam Boss...

Selamat Hari Lahir yang ke-34...

Anonymous said...

happy 34th birthday mr hisyam... wish all dreams comes true..

watch out!!!! said...

SALAM....SELAMAT HARI JADI...MOGA pjg umur, murah rezeki, dan bahgia dunia akhirat..INSYAALLAh..amin...SELAMAT BERPUASA.... (dari semua sr221/4a: zura, adzly, joC, dny, syidi, ct, dasri,lini, fara, ct farah, ekin, wan, hady, sarul, jinggo, netty, bunda, hairul)

#ps: EN syam x aktifkan 8pax masa guna prabayar dulu kot...kalau x, 7 hari tau PANGGILAN PERCUMA masa hari lahir.....bukan setakat 24 jam JE macam MAXIS...hehe...CELCOM kuasa di tgn anda....

Anonymous said...

Presiden PERLU dah bukak blog...
http://myway24th.blogspot.com/

FoO dA fIrSt#1 said...

allah selamatkan kamu...
allah selamatkan kamu...
allah selamatkan En. hisyam...
allah selamatkan kamu...

selamat hari lahir yang ke 34.

Anonymous said...

happy besday bos.Moga panjang umur,murah rezeki dan rumah tangga sentiasa diberkati Allah..Amin..Kak Ija bagi hadiah ape??He..he..

Anonymous said...

selamat hari lahir cik hisyam... semoga di panjangkan umur dan di murakan rezeki...

cebad said...

Semoga Allah merahmatkan Hisyam Che Mat dunia dan akhirat, dan menggolongkannya diantara mereka yang selamat dunia akhirat. Truskan berdakwah saudara hisyam

sname said...

SElamat bos..
semoga pjg umo murah rezeki...
hepy bsday yg ke-34
berbahagia disamping keluarga tercinta..
dan PERLU!!!
=)

tehah said...

slmt hari lahir....
senyum sokmo k

izha said...

selamt hari lahir yg ke 34.........
semoga en hisyam berbahagia disamping keluarga tercinta......
Selamat menyambut bulan puasa........

hisyamchemat said...

Penjenguk-penjenguk sekalian,
Terima kasih di atas ingatan dan doa kalian. Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan anda dan keluarga. Amin.

Anonymous said...

salam...
selamat hari lahir en hisyam...
smoga pnjg umur, sihat sntiasa, dimurahkn rezki dan brbahagia dsmping keluarga tersayang...

smoga dapat terus mencurahkan ilmu dan bakti...

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat

selamat hari lahir sahabatku semoga Allah akan sentiasa merahmati dirimu dan keluarga serta diberikan kecukupan dan kesihatan...amin


p/s dah 34 tahun ye...rasa kejap je...kan hidup ni

^(r@z3yb3@ut!FuLL^ said...

++salam encik hisyam++
++selamat hari lahir++
++semoga kehadiran hari ini membawa seribu satu pengertian yang bermakna buat en. hisyam++
++MAY ALLAH BLESS U++

p/s: sama hari lahir dengan ayah saya..
^_^

hisyamchemat said...

Miss ++$0m3on3 !$ t#eR3 4 u++$om3wh3r3 w0nd3RfuLL !$ w@i+#in9 4 u++$0m3d@Y uR dr3@m w!LL c0m3 tRu3++s0 w@Tc# n L3@rN++ ^_^

Sampaikan ucapan selamat ulangtahun kelahiran kepada bapa anda.