Ada ka dekat nak Maghrib semalam datang rumah saya berkawad. Tergezut besaq saya dibuatnya.
Ceritanya bermula sebaik saya turun dari kereta semalam. Segerombolan 'askar' PERLU yang datang entah dari mana berkawad menuju ke laman rumah saya. Habis semua jiran jengok. Mesti depa terkezut. Tak pernah sekalipun orang berkawad di kawasan perumahan kami. Mungkin depa dok pikiaq, mai mana depa semua ni. Kalau Pak Guard kawasan perumahan kami semuanya lelaki India. Ini tak, lelakinya dengan segak bergaya dan perempuannya dengan comel dan lawa pulak tu.
Rupa-rupanya depa ni dah buat perancangan dengan Liza. Itu pun baru lewat petang semalam Liza dimaklumkan. Nak buat surprise birthday party untuk saya. Aduh... terharu saya dibuatnya. Siap datang lapur diri lagi. Selagi tak diberi kebenaran tak masuk semuanya. Macam kat ke la pulak. Mentang-mentanglah ada komander, leftenan muda dan bakal inspektor. Depa buat macam pasukan beruniform pulak. Saya layan ja. Padahal muka dah merah padam. Apa taknya, jiran semua dok tengok sambil pasang telinga. Cerita penuh tentang kawad PERLU ada di sini.
Ramai yang hadir semalam. Jiran-jiran terdekat pun hadir. Penuh jugaklah pondok saya. Melimpah sampai ke dapur.
Alhamdulillah, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah. Selepas itu masa untuk makan. Banyak rupanya PERLU peruntukkan untuk majlis ini. Saya dapat tahu depa collect duit. Kasihannya. Sampai macam tu sekali. Liza hanya sempat belikan mee untuk digoreng, air dan tempah sate. Kesemua ahli PERLU dan alumni yang hadir bergotong-royong menyedia dan membeli juadah. Aduh... terharunya saya.
Ada hadiah la pulak. Tak cukup dengan jamuan, PERLU hadiahkan pula saya dengan sandal jenama CROCS...mahalnya hadiah. TEAMTACT pula hadiahkan saya drybag jenama Feelfree. Kata Shawn, "Senang boss nak ikut aktiviti air". Liza hadiahkan T'Shirt Adidas. Aduh... sekali lagi terharunya saya. Kalau diikutkan memanglah kesemuanya menjadi keinginan saya. Kalau dulu, masa bujang mungkin inilah barang yang akan saya sambar dulu sekiranya ada di pasaran. Namun sekarang apabila ingin membeli, kehendak anak-anak dan isteri diutamakan. Terima kasih semuanya.
Sepatutnya saya yang buat majlis untuk meraikan alumni dan ahli PERLU yang banyak membantu saya. Ini terbalik, alumni dan PERLU pula meraikan saya.
Memang saya ada merancang untuk buat makan-makan selepas tamat kem di Kenyir. Tetapi saya kasihankan Liza. Sedang sarat. Jadi saya tunda dulu.
Syukur, Allah kurniakan ilham kepada alumni dan ahli PERLU untuk membantu menjayakan majlis semalam. Bantuan mereka semualah menjadikan majlis semalam berjaya dengan izin-NYA. Semoga Allah memberkati kehidupan mereka semua. Amin
Kepada yang tidak dijemput, maafkanlah saya sekeluarga. Majlis inipun dirancang senyap-senyap oleh PERLU dan alumni. Saya sendiripun tak dimaklumkan. Jangan merajuk. Insyaallah lepas raya saya buat rumah terbuka, OK.
25 comments:
i think you add more info about it.
salam hicmat
Alhamdulillah bahagianya bila mendengar masih ada golongan yang ingat mengingati serta menghargai nilai kasih sayang diantara satu sama lain.....kekuatan didalam JEMAAH membuatkan semua merasai nikmat sebuah kehidupan...syukur kepada ilahi yang menganugerahkan nikmat kepada kita semua..
Salam Ramadhan
Assalamualaikum che hisye
inilah antara tanda2 keikhlasan dalam menjalankan amanah kita
wassalam
Addin dan cebad,
Terima kasih sahabat-sahabatku.
Alhamdulillah setiap pagi saya begitu bermotivasi dan teruja untuk ke tempat kerja. Mungkin itu tandanya saya begitu bahagia dan seronok dengan kerja sebagai cikgu.
salam bos..
hehe..
nak pk bt suprise semalam mcm2 dah kami cadang..
last2 buat kawad kaki..
haha..
rasanya xde yang merajuk kot..
=)
bos, betoi kata si moncet tu....
mula-mula tak tau nak wat surprise apa, tapi saya try bagi komand "ke kanan pusing" semua kata, "ha, kita kawad" tu yang terus jadi kawad tuh. apa pun selamat hari lahir yang ke 34. muda lagi tuh...
Tahniah Boss,
Moga ALLAH S.W.T memurahkan lagi rezeki Boss sekeluarga setiap masa....
Cheers....
ase blum terlambat lagi nak wish...
HEPPY BESDAY FOR EN. HISYAM..
sonok kan dapat kezutan tu..
hope en.hisyam sihat sentiasa bersama keluarga tercinta..
amin....
mau meleleh ayaq mata noo.. hehehe. letakla gambar present yg diterima tu..
bos, collection yang dibuat kecil nilainya kalu nak dibandingkan dgn ilmu yang kami timba dari bos. diharap kami tidak mengganggu masa bos bersama keluarga semalam. selamat hari lahir bos..
akum...
asenye blom telambat g sy nak wish..
Hepy belated beday...
smoga sihat selalu n bahgia di samping ank2 n isteri tercinta..
amin..
terima kasih juga di atas ilmu yg diberikan kepada sy..
Dewi, education
Malulah nak tunjuk hadiah. Tapi saya rasa ada blog yang dah postkan foto tu. Anyway, many thanks.
salam.
minta maaf seribu kemafan kerana lambat wish
HAPPY BIRTHDAY TO EN.HISYAM
smoga murah rezeki dan berbahagia slalu di samping keluarga tercinta....
Salam...en hisyam...
Lupe nak sampaikan salam dari kwn2 sekelas semalam...Dinie, joC, zura, fara dan yang lain2 semalam kirim salam dan wish SELAMAT hari jadi....mrka semua tahu sy & dasri gi majlis tu..tapi mrka x dpt jemputan...tu la sampaikan salam dan ucapan je...hehe...mga pjg umur...
huhuhuh...rugi nye x dapat hadir..huhuhuhu
Salam Rekreasi...
SELAMAT.....SELAMAT....
semalam memang best sbb ramai2 meraikan majlis ini...boleh tengok gelagat2 keluarga PERLU..merapatkan lagi hubungan kami sebagai ahli PERLU dan bersama en.hisyam, en. Din dan cik sue. Maafkan saya sbb malam tadi x dapat lama kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Terima kasih sbb sudi menerima kehadiran kami semalam. Semoga panjang umur dan murah rezeki bos!
selamat hari jadi syam semoga allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki patut lah pagi-pagi muka berseri ie umur dah bertambah
selamat hari jadi syam semoga allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki patut lah pagi-pagi muka berseri ie umur dah bertambah
askum boss
celamat hari jadik yek~!!!
cemoga boss sihat centiace
dapat lah curahkan ilmu kepada kami
ahli perlu
amin~
salam sejahtera en.hisyam......
rasenye blm terlmbat sgt sy nak ucapkan...HEPY BELATED BIRTHDAY!!!
smoga panjang umur dan murah rezeki..
smoga slalu shat dan bhgia di smping isteri & anak2 t'syg..
May God BLess U...
happy belated bithday che hisyam.. Semoga panjang umur &murah rezeki... mmg bagus budak-budak PERLU nie. mereka lahirpun atas didikan che hisyam.. tahniah
Terima kasih semua
hppy bezday....en hsyam...add blog bru sy ...sy dah tkar k..smga dpnjgkan umur &dmurahkan rezki...
akum....
kezutan yang nak dibuat tu sebenarnya tak menjadi kezutan coz boss dah nampak orang2 yang duduk kat umah dia....apapun yang kawad tu memang gempaq la...
peace borneo...
Post a Comment