Lebih kurang 12 jam dari sekarang obor sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik 2008 akan dinyalakan. Semua sedia maklum bahawa ianya akan berlangsung di Beijing, China. Saya pernah berkunjung ke Beijing bersama keluarga. Bandarayanya cukup pesat membangun. Rakyatnya masih banyak yang berbasikal dalam menjalani kehidupan harian. Kenderaan bermotor juga tidak kurang banyaknya walaupun suatu ketika dahulu hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan berkenderaan bermotor akibat pemerintahan komunismenya.
Beijing memilih angka keramat bagi kaum Cina iaitu angka 8. Tarikh akan dilangsungkan Sukan Olimpik dipilih bermula dari 08.08.08. Masa perasmiannya pula pada tepat jam 08.08.08pm CST di Stadium Nasional Beijing aka Stadium Sarang Burung. Ada 'ong' kata kaum Cina.
Marilah bersama-sama kita menyokong atlit kita yang akan bertarung di Beijing. Sokongan dari jauh sajalah ya...
Adakah Lee Chong Wei, AzizulHasni dan Josiah Ng akan membawa pulang pingat untuk negara? Sama-samalah kita saksikannya nanti.
Selamat berjuang wahai wira-wira negara!
2 comments:
InsyaAllah Boss..kali ni punya Olimpik..Negara kita akan membawa pulang Emas sulong n maybe dari lapangan memanah..Ex-FSR student (Marbawi) tu yang akan sumbang kan nanti..Then..masyuk la dia kan...RM 1 juta..ermmm....
Selain Marbawi, ramalan 'nujum' kata penembak juga boleh pingat.
Post a Comment