Pagi tadi saya sengaja datang awal ke kuliah. Jam 8.23 pagi saya dah terpacul di dalam Bilik Kuliah. Alhamdulillah semua pelajar dah ada. 23 orang semuanya. Mereka sudah bersedia untuk pembentangan kumpulan pada pagi ini. Semuanya pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan). Mereka datang lebih awal dari kuliah yang sepatutnya bermula pada 8.30 pagi. Saya cukup gembira.
Nun di bilik kuliah sebelah, saya dapat melihat pelajar diploma masih lagi terkial-kial dengan gelagat biasa, orang lambat ke kuliah. Terjenguk-jenguk ke dalam bilik kuliah dari luar. Jam 8.45 pagi pun masih ada yang baru nak masuk ke dalam bilik kuliah. Zaman dah terbalik. Sekarang, guru yang menunggu murid. Bukan sebaliknya. Kasihan Puan Mastura kena melayan perangai pelajar terbabit yang masih juga tak mahu berubah. Datang lewat dengan 'mata merah'. Daripada pemerhatian saya setiap minggu, ini bukanlah pertama kali kejadian seperti ini berlaku. Sampai bila?
Ayuh berubahlah bangsaku!
6 comments:
ermm..betul la tu boss...
tapi zaman saya dulu..datang awal pun mata merah gak..=)..
Maklumla..(psyclop=watak komik x-men)hehe..siang malam pakai spec je.huhuhu
Mmg zaman dah berubah.. minta-minta lepas nie berubah ke arah kebaikan
salam hicmat,
keupayaan seorang pendidik mengajar serta menyedarkan pelajar adalah satu cabaran kepada tenaga pengajar,walaupun zaman telah berubah namun cabarannya adalah tetap sama iaitu menyedarkan mereka agar tidak hanyut dengan alam fantasi dan sentiasa berada dialam realistik...pendidik yang berprinsip,berdisiplin dan berwawasanlah yang telah membangunkan anak bangsa sehingga negara ini terbebas dari penjajahan seterusnya merdeka...kini kita adalah hasil dari perjuangan para pendidik terdahulu....moga semangat kemerdekaan dan jati diri yang kita rasai perlulah di syukuri serta diperjuangkan kembali agar anak bangsa akan datang akan berterima kasih kepada golongan pendidik kerana berjaya mengekalkan serta memberi pengisian kepada kemerdekaan negara....terima kasih dan seribu penghormatan kepada golongan pendidik yang masih mempunyai semangat dalam membangunkan anak bangsa yang merdeka....
marilah kita berdoa kepada sang pencipta Rabbul Alamin agar kemerdekaan negara akan terus dapat dinikmati sepenuhnya oleh seluruh anak bangsa demi tertegaknya kalimah Allah ditanah air ini..
MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA
aku bangsa yang merdeka
Sahabatku Addin,
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Salam...
Bile isu pendidik nie saya pun tergerak komen..Mmg itu culture skg..Di fakulti pendidikan sekalipun, yang bakal lahirkan guru2,students sendiri dtg lewat..Especially student lepasan STPM..Saya cume terbyg situasi bile kerja nanti,of cuz subjek PJ pagi utk 2ndary school..
Saya pernah juga lewat,tp alhamdulillah saya itu bukan tabiat saya..Walau saya berulang dari Putrajaya,tapi ttp ada yang lebih lewat dari saya...
Apa nak jadi??(Tan Sri S.M Salim)
setuju tu.. dah bosan dgn gelagat student skrg yg manja dan mengada.. time kita dulu x berani dtg lewat unless ada hal terdesak. kalu lambat saya x dtg terus kelas (heheheh) sbb malu n respek the others yg dah ada dlm kelas. iskh.. dunia.. pulanglah ke pangkal jalan umatku.
Post a Comment