Program di Kenyir selama 6 hari telah melabuhkan tirainya. Tidak sah sekiranya saya tidak mengucapkan berbanyak terima kasih di atas bantuan daripada pelbagai pihak. Saya amat berterima kasih di atas kehadiran rakan yang sudah lama tidak bersama menyertai Amali Perkhemahan iaitu saudara Norasrudin Sulaiman. Beliau yang kini dalam peringkat akhir penulisan untuk menamatkan pengajian di peringkat PhD masih sudi mengikuti program yang diadakan ini. Cik Sue yang kini sedang cuti belajar juga sanggup meluangkan masa selama 3 hari bersama para peserta di Tasik Kenyir. Tidak lupa juga kepada staf FSR seperti saudara Adnan, saudara Safuan dan Cik Faraharlina kerana kesudian mereka membantu melancarkan program ini.
Kepada para Alumni PERLU juga tidak saya lupakan pengorbanan mereka. Jasa mereka amat saya sanjungi. Ada yang sanggup mengambil cuti tahunan mereka, semata-mata untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama adik-adik mereka di Tasik Kenyir. Antara Alumni yang berkelapangan untuk hadir membantu adalah seperti saudara Rafsan (Shawn), Elham (Abe), Raziff (Boy), Mustakim, Azmi, Yazilah, Sharifah Azian (Che'), Tracy dan Yasir Foo.
Tidak lupa kepada Saudara Ahmad Firdaus Ibrahim, pensyarah INSTEDT, yang sudi membantu dan di samping mengiringi pelajar INSTEDT.
Fasilitator daripada Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU UiTM) sangat membantu meringankan tugas saya. Tanpa kehadiran mereka, besar kemungkinan program yang dirancang sukar mencapai objektifnya. Maka jasa mereka amat saya hargai. Antara yang membantu adalah seperti saudara Syariman (Presiden PERLU UiTM), Boyington, John, Lenny, Napisah, Tengku, Dasri, Adzly, Hafiz Hadran, Dilla, Azrul, Ecah, Ateh, Atiqah, Adzimah, Hajar Asmidar, Sofwan, Mubin (bakal PERLU), dan Huzaifah (bakal PERLU).
Kepada semua yang terlibat di dalam membantu menjayakan program Amali Perkhemahan Akhir ini saya ucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa dan pengorbanan kalian di dalam membantu menyampaikan ilmu kepada peserta-peserta program. Jazakallahu Khayr. "May Allah reward you for the good."
13 comments:
Sesama boss..
tapi kalau nak dikirakan...tak terbalas lagi ngan ilmu yang dah dicurahkan kepada kami..
disamping ilmu..dapat juga pengalaman2 baru setiap kali final camp..dapat mempelajari cara nak kawal ragam2 peserta..setiap kem lain ragam..nak boss dapat mencari solution yang terbaik untuk setiap masalah..Itu la yang kami semua harapkan boss..di samping membantu..kami juga mempelajari sesuatu dari final camp..
Thanks to u boss coz still believe us and give us chance to continue learning outdoor knowledge eventhough we are not UiTM student anymore.Tq soo much..
Salam Rekreasi..
YYYiiiiHHHaaaaa!!!
terima kasih boss..
jutaan kerana sudi menerima kehadiran kami..
insyaAllah kalau ada kelapangan kami akan berada di samping boss..
untuk bersama-sama menggerakan rekreasi di fakulti dan di mana jua..
terima kasih juga kepada yang lain...
Salam Rekreasi.....
bos tlg la jgn malukan kami dgn ucapan terimakasih dari bos..... pertolongan yg kami beri tu langsung tak setanding dgn ilmu yg bos bagi.... kamilah yg sepatutnya beterima kasih kerana sentiasa beri peluang pada kami untuk belajar....... TERIMA KASIH...
Boy, Abe & Shawn.
Saya ikhlas. Tanpa bantuan anda semua dan dengan izin Allah swt, mustahil program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih kembali...
Bagi saya, final camp kali ni betul2 menguji saya dari segi mental dan fizikal. Lebih2 lagi aktiviti jungle trekking dari sg. sepat ke sg. sauk yang banyak memberi pengalaman baru dan pengajaran kepada saya. Rasa rugi yang amat sekiranya saya tak diberi peluang untuk mengikuti camp seperti ini.
Terima kasih, Boss!!!
Azmi,
Bila mau cerita pengalaman bermalam dalam belantara. Bagi sikit apa yang patut.
Salam Boss..
Terima kasih tu patut bagi kat boss sebenarnya, heheh...kerana bagi kami peluang ikut dan bantu boss. Kalau nak ikutkan, ilmu dan pengalaman yg boss diberikan kepada kami tak terbalas sampai bila2. Seperti biasa, semoga ALLAH swt mengurniakan En. Hisyam dan keluarga kesihatan yg baik dan dirahmati rezekinya..Amin
salam boss..
thanks to u too coz bg peluang kat kami suma joined FC kenyir..hopefuly after this can join next FC..sori x tgu till closing ceremony..before sy balik nanti sy dtg jumpa boss kat fac k..
salam, awal mula pertama mula,
di sini ada sedikit pembetulan. si Sofwan sebenarnya dah jadi Instructor PERLU. bukan "Bakal". Mubin dan Huz Sahaja yang bakal.
di sini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada bos kerana membenarkan saya mengikuti Final Camp. mungkin saya tak berapa mengenali "Ungkal", tak pernah dilecture didalam kelas, tapi dengan menyertai program macam ni lah memberi peluang untuk saya mengenali "Ungkal" dengan lebih dekat dan mempelajari ilmu yang dicurahkan. terima kasih bos.
bos..saya dan kawan2 yang lain rasa malu pulak dgn ucapan terima kasih bos tue..kami yang patut berterima kasih pada bos atas tunjuk ajar dan peluang yang diberikan..semoga kami semua takkan jemu dngan ilmu yang diberikan dari dulu sehingga sekarang..terima kasih bos..
Salam...
Akhirnya, muncul juga saya dlm arena ni..En.Syam, saya secara peribadi yg patutnya ucapkan terima ksh dahulu dr en.syam..Saya dtg pun sebagai pelajar,byk lagi yang nak kena timba..Di mata peserta kami fasci,tp hakikatnya kami juga pelajar..
Tambahan lagi,mmg antara objektif PERLU untuk membantu pengajaran En.Syam juga fakulti..Terima kasih juga pada alumni yang membantu..Gabungan kita akan bawa kebaikan..
Lastly,terima kasih En.Syam...
salam...thanks to you en.syam sbb benarkan saya join skali final camp wlaupon dalam tempoh praktikal...selma ni sya dapt byk benda yg boleh dipelajari samada waktu belajar dengan en.syam sampailah sekarang...walaupun ada title 'instruktor',tapi ilmu masih tak cukup..masih perlu dikumpul..title bukan segalanya..sya juga masih byk yg perlu dipelajari..
a thousand thanks to you...
hye..
i juz start blogging
so, xtao pape sal blogspot ni
bole tlg ajr sal all the setting bout dis blogspot x?
like nk makup page n upload pic
Post a Comment