Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Sunday, 24 August 2008

Walaupun Ringkas Namun Signifikan

Tak sempat habis letih program di Kenyir, saya sambung pula dengan satu lagi program rekreasi luar di antara pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Pendidikan Jasmani) dengan pelatih-pelatih daripada Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP). Program tersebut berlangsung di Danau Perikanan, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.


Program rekreasi luar ini menggabungkan di antara orang normal (UiTM) dengan orang kurang upaya (PLPP). Program ini lebih dikenali di luar negara sebagai Inclusive Outdoor Recreation. Seramai 23 orang pelajar EDU226 (bakal-bakal Cikgu Pendidikan Jasmani) yang mendaftar untuk subjek Leisure & Disabilities menyertai program ini. Peserta daripada PLPP pula terdiri daripada 12 orang yang mempunyai ketidakupayaan fizikal. Mereka diiringi oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Shima dan Cikgu Napisah. Staf dari Pusat Kesihatan UiTM juga dijemput untuk bersedia sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan. Alhamdulillah tiada kemalangan berlaku.

Program separuh hari ini meninggalkan kesan yang cukup besar kepada para peserta. Pelatih-pelatih daripada PLPP kesemuanya memaklumkan kepada saya bahawa mereka tidak pernah diberi peluang menyertai program sebegini. Kata mereka lagi walaupun program ini nampak ringkas dan kecil, namun ianya memberikan impak yang cukup besar di dalam kehidupan mereka.

Saya dapat melihat jauh di raut wajah mereka kepuasan selepas berjaya menamatkan aktiviti Explorace yang telah dirancang oleh penganjur. Kegembiraan tampak jelas dengan wajah-wajah ceria setelah menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan kepada mereka. Peserta daripada UiTM juga dilihat dapat bekerjasama di dalam membantu mereka yang mempunyai kesukaran berjalan semasa aktiviti berlangsung. Mereka tidak segan silu untuk berpimpin tangan dengan golongan OKU. Ini menandakan mereka begitu prihatin akan keselamatan rakan sekumpulan mereka.

Program sebegini juga dapat menonjolkan kreativiti golongan OKU di mana mereka mempunyai idea yang menarik dan cukup kreatif ketika keadaan memerlukan. Siapa kata OKU itu golongan orang kurang upaya. Dalam sesetengah keadaan, mereka pula yang lebih berkeupayaan daripada kita yang normal. Ini terbukti hasil daripada aktiviti yang telah dilaksanakan.

Tema yang dipilih oleh penganjur juga memang kena dengan aktiviti yang dijalankan. Tema "Inclusive Recreation: Sharing is Caring 2008" memang bertepatan dengan objektif program dan ianya memang cukup bermakna. Diharapkan program sebegini, yang menggabungkan orang normal dan OKU akan dapat diadakan dengan lebih kerap agar OKU tahu ada masyarakat seperti kita begitu prihatin dan menyayangi mereka (OKU).

Saya juga begitu teruja melihat persediaan dan perancangan yang begitu teratur daripada pihak penganjur (bakal-bakal cikgu PJ) yang diketuai oleh saudari Nik Norul Hajar. Dalam masa yang singkat, mereka semua berjaya menghasilkan satu program yang bagi saya amat berjaya mencapai objektifnya. Tahniah kepada mereka semua.


Di akhir program saya dapat melihat air mata meleleh di pipi para peserta daripada kedua-dua organisasi terutama sekali ketika mengiringi pelajar daripada PLPP yang akan berangkat dengan bas UiTM menuju ke PLPP Bangi. Itulah tandanya titian persahabatan yang baru dibina dapat memberikan kesan yang cukup mendalam apabila diuji dengan perpisahan. Semoga akan banyak lagi program sebegini diadakan di masa hadapan.

6 comments:

Amar said...

Tahniah di atas penganjuran program tersebut kerana bukan senang nak buat program seperti itu. Dengan adanya program seperti ni pelajar-pelajar yang mengikuti program ini sekurang-kurang dapat mempelajari selok-belik penganjuran program disamping berkongsi pengalaman dan membantu golongan OKU agar mereka tidak tersisih dari masyarakat.

Amar said...

Tahniah di atas penganjuran program tersebut kerana bukan senang nak buat program seperti itu. Dengan adanya program seperti ni pelajar-pelajar yang mengikuti program ini sekurang-kurang dapat mempelajari selok-belik penganjuran program disamping berkongsi pengalaman dan membantu golongan OKU agar mereka tidak tersisih dari masyarakat.

Feq said...

Salam
Anda dijemput melawat http://feqqdiwaris.blogspot.com/ .program usahawan utk menjana pendapatan sampingan.Cari duit skit utk raya ni,xlupa juga utk mereka2 yg memerlukan.

Anonymous said...

terima kasih pada en hisyam kerana sudi membimbing kami sehinggalah axtiviti ni dapat pujiannnnnn...kuikuikui....
terima kasih juga kepada semua rakan-rakan atas semua kerjasama yang tidak terhingga..kamulah sahabat...
terima kasih semua..banyak2..

Anonymous said...

da great!
program ini sangat mengujakan dan menyeronokkan.....terima kasih cik hisyam, melalui subjek ini kami semua merasai pengalaman yang paling manis bergelar pelajar......segala pujian yang diberikan adalah dari bimbingan dan tunjuk ajar cik hisyam...TERIMA KASIH!!!! to all my friends you're really-really DA' GREAT!!!

Anonymous said...

huhu...macm best je bg komen...hehe..thankzz kwn2 bg support aktiviti yg biro aktiviti buat...bkn senang huhu.....dh 2 hari berturut - turut kami tito kul 4 pg..huhu..at last...simply the best gak..thankzz en hisyam by support n x lupe geng aktiviti.. especially mai (hehe) mmg bdak2 bengang psl asingkan rempah ratus tuh...huhu...da BEST!!!