Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 22 September 2008

Blogawan Baru

Warga FSR tentu mengenali Encik Hamdan Ahmad. Beliau mantan Pemangku Dekan FSR selepas PM Dr Anuar Suun tamat tempoh jawatan sebagai Dekan. Kini Encik Hamdan lebih banyak 'bertapa' di biliknya di tingkat atas, betul-betul di depan bilik saya. Tiada lagi kesibukan berkaitan pentadbiran FSR yang perlu beliau fikirkan.

Banyak sudah artikel beliau berkaitan sukan dimuatkan di dalam akhbar-akhbar harian. Alhamdulillah setelah beberapa kali dipujuk, akhirnya beliau bakal muncul dengan blog sendiri.

Menurut Encik Hamdan, beliau akan memuatkan cerita-cerita santai mengenai kisah hidupnya dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa. Tentu banyak kisah-kisah menarik yang mungkin akan kita ketahui tentang kisah hidup beliau. Sama-samalah kita nantikan kemunculan satu lagi blog yang akan menggegar alam blog.

6 comments:

wegreentheearth said...

yeahh....
kasi gegar!!!

boying@gone said...

http://boyocten82.blogspot.com/ saya blog. Boyington Randy

!qram said...

en hsyam ni blog bru sy k...yg lme xleh verify...

perjalanan said...

chaiyok2, en hamdan...


salam perjalanan...

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

rajinnyer ..
msti ada daily update kan...
hat off la tuan !

HiCMat said...

Noni,
Saya cuba disiplinkan diri untuk menulis sehari satu post. Hujung minggu tak ada, 'holiday'. Saya baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan.