Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 26 September 2008

Ingatan Tulus Ikhlas

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera

Di hari baik dan bulan baik ini saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjengok-penjengok sekalian terutama sekali kepada muslimin dan muslimat. Bersama-samalah kita mengucapkan kesyukuran kehadrat Illahi di atas kurniaan-Nya kerana dipanjangkan umur dan dapat sekali lagi kita bersama-sama merayakan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Kita juga sepatutnya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan kesihatan tubuh badan dan telahpun berjaya menyempurnakan ibadah berpuasa di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan di hari dan bulan yang baik ini untuk memohon kemaafan Zahir dan Batin.

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ini, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan sekalian agar dapat meluangkan masa untuk pulang ke kampung halaman menemui ayah dan bonda sekiranya mereka masih ada. Ini jugalah masanya untuk kita mengeratkan silaturrahim sesama adik beradik, sanak saudara dan rakan taulan.

Sama-samalah juga kita berhati-hati di sepanjang pemanduan semasa berhari raya. Janganlah kita menambahkan lagi statistik kemalangan di Hari Raya. Bacakanlah doa menaiki kenderaan dan Ayatul Kursi sebelum memulakan perjalanan. Rehatlah secukupnya sekiranya anda memandu jauh.

Akhir sekali saya sekeluarga sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Kalau ada apa-apa silap dan salah, kami mohon maaf.

Ikhlas,
Hisyam Che Mat
Norliza Ali Wee
Kamilia Afiqah Hisyam
Kamil Afiq Hisyam

12 comments:

~wani m~ said...

selamat hari buat en hisyam n family..maaf zahir batin..sy ske name ank2 en hisyam..menarik..anak ke 3 name ape plak ek???hee..

perjalanan said...

selamat hari raya boss...
ampunkan sgala dosa2 sy...
maaf zahir dan batin...


salam perjalanan...

izha1710 said...

selamat ary raya maaf zahir n batin dari efa n family......
berhati2 dijln raya........
duit raye jgn lupa bg...hihihi

farisz said...

slamat hari raya maaf zahir batin boss from farisz n family.. smoga boss seisi kluarga diberkati Allah s.w.t stiap mase..

MuScLEgAiN said...

selamat hari raye...
maaf zahir dan batin...

Lennyek said...

salam lebaran buat boss sekeluarga..sampaikan salam buat kak liza,kamilia n kamil sekali..

mohon maaf atas kesilapan yg telah dilakukan dan mohon di halalkan ilmu yg telah dipelajari selama ini..

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin..

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin..

Halalkan makan minum dan ilmu yang En. Syam beri kepada saya.

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

Assalamualaikum... Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari saya atas semua kekhilafan. Meh amik kad raya @ http://e-nadd.fotopages.com
"Jauh mana pun jarak kita... Lama mana pon kita tak jumpa... Kita tetap tunggu anak yang bulan yang sama... "

Abdul Rahim Mohd Meerah said...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga untuk encik Hisham sekeluarga.

Een said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir batin.

::ain&ashid::
batch of Iltizam 2001

yazilahyazir said...

salam boss..
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin, halalkan makan minum dan ilmu yg boss berikan. Semoga boss dan family selamat di dalam perjalanan pulang ke kampung...

Ikhlas dari,
Yazilah dan Family

tehah said...

selamat hari raye en hisyam sekeluarga...maaf zahir dan batin...