Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 23 September 2008

Tercorot

Betul... saya yang tercorot dalam kelas. Nombor paling banyak sekalilah menjadi kedudukan saya dalam senarai kelas kalau diikut dari segi ranking.

Masa tu saya berada di Darjah 5 Merah (kelas kedua terbaik dari 6 kelas kesemuanya). Saya ditempatkan bersama kawan-kawan yang berada dalam kelompok terlemah di dalam kelas kerana keputusan ujian yang terlampau teruk. Padahal tahun tersebut adalah tahun terpenting. Ada peperiksaan Penilaian Darjah Lima.

Cikgu kelas bernama Cikgu Khan. Kalau di Sekolah Rendah Tengku Malik, cikgu inilah yang dikenali sebagai seorang yang paling serius dan garang atau ce'nge dalam loghat utara. Tiap-tiap kali apabila Cikgu Khan masuk untuk kelas Matematik, saya akan dipanggil untuk 'mengadap' beliau di hadapan kelas. Saya akan disuruhnya ketuk ketampi, ditarik 'sideburn', dicubit di perut (berparut sampai hari ini) , berdiri di atas kerusi dan macam-macam lagi hukuman pelik yang lain. Hukumannya berbeza-beza untuk hari yang berbeza. Itulah penangannya kerana malas nak belajar. Asyik ingat nak main saja.

Cikgu Khan memang seorang pendidik yang sebenar. Diajaknya saya ke rumah beliau di sebelah petang. Tujuannya untuk diberikan kelas tambahan. Semuanya percuma. Cikgu Khan sendiri yang mengajar saya.

Alhamdulillah... saya lulus Penilaian Darjah 5 berkat usaha, dorongan dan doa keluarga dan semua yang hampir. Tidaklah cemerlang sangat, tapi saya gembira. Saya dapat 4A dan 1B. Keputusan B untuk Bahasa Melayu.

Ada sekali tu, saya singgah di Masjid al-Huda Kilang Lama untuk Solat Asar. Selepas selesai solat saya ternampak, seorang lelaki tua sedang berjalan meraba-raba dinding untuk keluar dari masjid. Terus saya menuju ke arah lelaki tua tersebut dan memberi salam. Seterusnya lelaki tua itu bertanya, "Siapa ni?". "Cikgu dah tak kenai saya lagi ka?", duga saya pula. Lelaki tua itu menjawab, "Maaf la, sekarang ni saya dah rabun, kurang nampak tapi saya rasa hang ni Hisyam Che Mat kan... anak penakan Cikgu Lah". Terkejut saya. Seorang cikgu yang memang dah lama saya tak jumpa masih mengenali anak didiknya. Seterusnya saya tidak melepaskan peluang untuk bersembang panjang dengan cikgu yang pernah jemu-jemu mendidik saya hingga menjadi insan seperti hari ini.

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada Cikgu Khan.

14 comments:

wegreentheearth said...

alhamdulillah..
kalu bdk skang ni baru kena rotan skit dah masuk surat khabar..
mcmana nak pandai..
alfatihah juga kepada Cikgu Khan...

aboy said...

Salam boss,
Begitu la berkatnya ilmu dari seorang guru...jika ikhlas dan di berkati ilmu itu...insyaAllah ilmu itu akan kekal pada seseorang tu boss..Jadi,semua student boss termasuk kami di PERLU pun mengharap kan keberkatan dari ilmu yang kami pelajari dari boss agar kami juga berjaya macam boss..amin

yazilahyazir said...

salam boss..
sebab tu boss dpt didik kami semua arini...
pengalaman boss sgt2 berharga..
have a great day boss..

perjalanan said...

smoga ilmu yg diberi oleh boss pada sy sntiasa diberkatiNya... halalkan sgala ilmu yg diberikan pada sy boss...


salam perjalanan...

HiCMat said...

Mus,
Sepanjang Mak dan Abah saya hidup, mereka langsung tak tahu yang saya kena bantai teruk dengan Cikgu Khan masa di sekolah.

Lennyek said...

salam,
atas berkat usaha,en.syam berjaya sekarang..
btul abg Mus ckp,bdk2 sekarang kena rotan da masuk paper..kalau boleh nk saman cikgu..

terima kasih untuk tunjuk ajar en.hsyam kpd saya selama ni..

wegreentheearth said...

saya dulu kena rotan ke kena cubit ke kena papela dgn cikgu saya takkan bgtau mak ayah saya..
diog taktau..kalu diorg tau mau kena tambah lagi tu kat umah.."dah salah ko taknak blajo".. tu ayat yg saya budget mak ngan ayah saya ckp kalu diorg tau..
heheee

FoO dA fIrSt#1 said...

teringat kat kenyir masa bos cerita kat kami pasal cikgu khan....

saya dulu kena penampaq pastu kena halau dari kelas... sampai kesudah orang tua saya tak tau...

uMmI_07 said...

dengan ilmu itulah en.hsyam turun kan kat kami pulak..halalkan ilmu dunia akhirat..moga lebih diberkati dan dirahmati.....

teamtact said...

salam....

setiap orang perlu menjadi pendidik.... sekurang-kurangnya abang yan mendidik adik atau ayah yang mendidik anak.... dan setiap orng juga ada cara mereka yang tersendiri....Cikgu Khan dgn cara dia....Hisyam Che Mat dgn cara dia... yang penting sapa pun dia... bila dia ikhlas dalam mendidik InsyaAllah hidupnya akan diberkati... TQVM...

Stoner said...

Guru Oh Guru (Usman Awang)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Allahyarham USMAN AWANG
1979

P/s: Terima Kasih Guruku Hisyam Che Mat

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam c'mat.

al fatihah buah cikgu khan semoga beliau ditempatkan bersama orang 2x yang beriman..semoga c'mat mampu menjadi pendidik yang
gemilang dan terbilang....dunia & akhirat amin

p/s guru terbaik akan membentuk anak didik menjadi Insan yang sempurna di dunia dan akhirat

"sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat..dan kalimah yang terbaik untuk di ajarkan serta disampaikan ialah Kalimah La ila ha illallah, Muhammadul Rasulullah..amin"

MuScLEgAiN said...

peh baik punyer......
ape pun en dak berjaya dah ...
saya nie dah lambat pergi blja...
hope saya boleh berjaya gak...
saya nak mintak maaf tak pergi flying fox... saya migrain .. tak puasa pun .. makan penadol tidur sampai mlam... saya mintak maaf bebanyak... saya bace jer peh tersentak rase... doakan saya berjaya ...sampai PHD... tak tau tiggi sgt kot..

HiCMat said...

Izamuddin dan Azharuddin,
Terima kasih.

Omar,
Katakan Boleh! Kasi USAHA lebih sikit, DOA dan TAWAKKAL.