Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 25 September 2008

Susahnya nak Bersegera.

Bermesyuarat selama 6 jam merupakan sesuatu yang meletihkan. Otak kena sentiasa berfikir. Ini kerana semalam diadakan Mesyuarat Pelarasan dan Pembentangan Penyemakan Semula Kurikulum FSR. Yang bermula jam 9 pagi hingga 3 petang. Memang meletihkan.

Kebetulan saya ada amali rekreasi luar semalam, maka saya mulakannya lebih awal. Nasib baik Azmi, Mus dan Lenny datang seawal 8.00 pagi membantu. Kemudian ramai lagi fasilitator dan alumni PERLUyang hadir. Pelajar pula tanyalah fasilitator yang hadir. Mungkin fasilitator lebih ramai dari pelajar saya. Ramai pelajar yang datang lewat. Saya halau tak bagi masuk. Mereka pula tak tunggu lagi. Terus pulang. Seronok, dapat sambung tidur kot. Kalau pelajar-pelajar dulu, mereka tunggu depan bilik. Salin nota atau tengok dari luar. Jelas, sekarang dah berubah. Saya juga pernah susun kerusi belakang pintu tinggi-tinggi. Saja nak buat pedajal dengan mereka yang datang lewat. Maka akan jatuhlah kerusi yang disusun tinggi ta’kala pintu dibuka. Pernah berlaku pelajar yang buka pintu tadi berlari terus keluar. Tak jadi masuk kelas. Malu kot ataupun terkejut.

6 comments:

wegreentheearth said...

bak kata iklan berita harian..
zaman dah berubah..
dunia semakin maju..
tu yg berubah tu bos...

Lennyek said...

Bak kata Upin dan Ipin...
betul..betul..betulll...

~wani m~ said...

erm maaf..sy makan lada so sy rasa pedasnye..sy tggu kat luar gym..malu..1st time xdatang class en hisyam..ape pon terima kasih en hisyam..insyaALLAH,sy arap hal ni xberulang lagi pd diri sy..

p/s:terima kasih atas segala tunjuk ajar selama ini..

Een said...

hihi en syam..
menggamit kenangan sungguh..

teringat mcm maner kelam kabutnyer kitorg bersegera kalau ade kelas en syam.. xberani nk berlengah2 lg..

kalu kene halau tu biase la.. bukan takat kerusi, meja pn dijdkan penyendal pintu.. tu belum kene halau time luper nk silent HP puler..

hm.. zaman da berubah.. tp inilah yg membentuk keperibadian kami sebenarnya agar tahu apa itu disiplin, hormatdan priority..

ein memories
o_O

Salwati Sofian said...

Cerita ni mengingatkan saya pd 1 cerita..hehehe
Sebelum saya diterima menjadi seorang fasilitator PERLU. Masa tu baru je abis program T.O.T siri 1 Satu perjumpaan khas untuk bakal Fasi' diadakan di basketball court di hdpn pusat sukan uitm..kiranya perjumpaan tu adlh utk mengumumkan siapa yg layak menjadi fasi melalui program T.O.T tu..
sblm tidur memang excited sgt nk pg ke perjumpaan tu. tapi malangnya bila saya dan sahabat ct rosmawati)terbangun lewat..ahhhh!!dah lambat,cepat!cepat!,tak payah mandi hehehehe...
kebetulan lak we all stay kat level 6 kolej Delima..huhuhu..apalagi ada beberapa minit je kul 8pagi..dari level 6 tu we all berlari turun tangga dh tak nampak anak tangga dibuatnya...En.Hisyam dh pesan klu dtg lepas kul 8.01 pagi tak layak jadi Fasilitator...itu yang teringat masa tersedar dari tido..sambil berlari sebelum sampai ke court,semua kwn2 yg dah berada kat court tu jerit suruh cepat sbb ada lebih kurang 5 saat je lg sblm kul 8pagi...
fuhh...nasib baik sempat...
so beringat la tentang masa&peluang yg ada..jgn sekali2 dilepaskan.
moral:lain kali tido awal!atau baca doa sblm tido heheheh

HiCMat said...

Ain dan Sal,
Benar... zaman makin berubah.