Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 9 September 2008

Hero

Cerita 1

Jalan sesak teruk semalam. Dari depan kampus PTPL Shah Alam lagi dah sesak untuk menuju ke simpang TTDI dan Giant.

Petang semalam saya sekeluarga bercadang nak berbuka di Restoran Big Plate Subang Permai. Nak sambut Ulangtahun Perkahwinan la katakan. Jadi saya gunalah laluan depan PTPL. Kononnya nak elak kesesakan depan apartment Brunsfield, Shah Alam. Tup tup lain pula yang jadi. Tersekat dalam kesesakan yang lagi teruk. Terdetik dalam hati, tentu tak sempat sampai Big Plate punya kalau sesak teruk macam ni. Saya tawakal ja. Terus redah juga.

Rupa-rupanya ada sebuah kenderaan rosak di tengah jalan di sebelah kanan. Patut pun jalan sesak. Dua laluan menjadi satu. Semua kenderaan di sebelah kanan berebut ke laluan sebelah kiri [nota: saya di laluan kiri].

Sebuah Kembara kelabu tersadai di tengah jalan. "Mana pemandunya?", perkataan pertama yang keluar dari mulut saya. Ketika kereta saya menghampiri dan berada di sebelah kembara tersebut, saya melihat seorang brother tu sedang 'melelapkan mata' di dalam Kembara tersebut. "Aik ini lain macam ja. Takkan pengsan kot", kata yang terpacul dari mulut saya. Kenderaan di depan dah kosong. Kenapa tak jalan-jalan lagi. Terus saya berhenti di sebelah Kembara tersebut dan menghampiri pintu kenderaan terbabit. Rupa-rupanya ada 2 orang dalam kenderaan tersebut. Seorang lagi adalah kanak-kanak. Beliau juga sedang 'tertidur' di kerusi di sisi pemandu dengan kerusinya dibaringkan.

Terus saya mengetuk pintu Kembara tersebut. Tiada respon. Saya mengambil tindakan 'berani' dengan membuka pintu di sebelah kiri bahagian hadapan. Ada bau yang tidak menyenangkan keluar dari kereta tersebut. Terus saya membuka pintu belakang di sebelah kiri. Keadaan menjadi semakin saspen apabila masih tiada respon ketika saya memanggil. Saya menunjukkan isyarat tiada respon kepada pemandu lain yang berada di belakang kenderaan terbabit.

Tiba-tiba pemandu Kembara kelabu tersebut terbangun. Beliau bertanya sambil memandang saya dan seterusnya cermin pandang belakang. "Ada apa ni?". Tak sempat saya menjawab, beliau terus memecut kenderaan beliau. Nasib baik saya sempat menutup semula pintu kenderaannya. Kalau tak tentu anak dia pula yang tercampak keluar.

Rupa-rupanya pemandu tadi dua beranak tertidur beb. Letih puasa kot. Sampai tak sedar-sedar. Dashyatnya. Menyusahkan orang lain pula. Sesak laluan. Sebelah kanan pula tu.

Apa-apa pun, sedih nak cakap. Aduh... wakenabeb.


Cerita 2


Tak jadilah makan di Big Plate. Tak ada buffet. Jadi kurang menarik.

Saya sekeluarga berbuka di DePalma Hotel, Seksyen 19, Shah Alam. Boleh tahan juga menu berbuka kat sini. Saya pekena Sup Gearbox. Tak lupa juga makanan favourite kupang masak cili. Penuh satu pinggan.



Selesai berwuduk, saya ke dewan solat di tingkat 2 hotel tersebut. Berhenti berdegup jantung saya apabila terlihat seorang anak kecil dalam lingkungan umur setahun lebih sedang bermain di lubang tangga hotel tingkat 2. Saya perasan anak ini. Sebentar tadi saya nampak dia duduk bersama keluarganya di sebelah meja saya ketika berbuka. Mungkin mak dan ayahnya tengah bersolat dan dia 'terlepas' keluar dari dewan solat.
Rupa-rupanya budak kecil ini anak imam muda yang mengetuai solat Maghrib, Isyak dan sunat Terawih di situ.

Begitulah Allah pelihara keselamatan anak kecil ini. Saya pasti tentu ibu dan ayahnya hanya bertawakal kepada Allah swt untuk menjaga keselamat anaknya ketika mereka berdua sedang bersolat. Siapa sangka pintu dewan yang sepatutnya ditutup telah dibuka oleh hamba Allah lain tanpa ditutup semula sehingga menyebebkan anak kecil ini 'terlepas'.

Bayangkanlah jika tiada sesiapapun yang terlihat kejadian tadi atau tidak berada di situ di masa yang betul, na'uzubillah, tak mustahil ke bawahlah si kecil itu akan jatuh kerana lubang di tepi tangga yang besar itu.

Alhamdulillah, anak kecil itu selamat.


Moralnya


Pada pendapat saya, ada baiknya mengikut keadaan kita mengubah persepsi kita. Tidak salah untuk kita menjaga tepi kain orang sekiranya untuk kebaikan bersama.

16 comments:

hafiztahar said...

aduh lu kene beb...
tak pe dapat pahala kejut kan dia g buka pose kalo tak tdo sampai besok lah.....

hafiztahar said...

nasib baik tak jatu kan ,,,allah kabul kan doa mak bapak dia semasa sembahyang...amin selamat
kalo tak muka bos muka depan newspaper saksi pertama yang nampak...alhamdullillah x jd ape2

HiCMat said...

Hafiztahar,
Wakenabeb.
Sekali sekala dapat masuk frontpage suratkhabar apa salahnya kalau yang baik. Liza dan budak-budak dah pernah.

akmal said...

http://akmal13.blogspot.com/

encik hisyam,saya akmal.....nie URL sy....tima kasih....

muna said...

http://jatidirimu.blogspot.com encik hisyam..saya juliana ni url saya....tima kasih

[moncet] said...

wakabeb!!!
hehe..
xpe bos..
skali skale..
yg utama naiwaitu..

=)
pape pon tersengeh gak la..
hehe..

Een said...

haha bukan senang en syam nk terkena ni..gugugu~

*moral to others.. dun be sleepy n drive.

perjalanan said...

ni baru betul wakenabeb...
cuba en hsym ingt balik muka org tu...ntah2 adlin aman ramli kot, haha...


salam perjalanan...

perjalanan said...

peh, selera btol kamilia dan kamil sedut sup gear box tu...
sy pun x penah try lg...mcm best je, nk try la...haha


salam perjalanan...

roger federrer said...

Tahniah en hisyam sbb jd hero..hehe..ni sye SYED AZAHAR..ni almt blog sy http://syedtennis.blogspot.com/

teamtact said...

Salam Ramadhan.....

Tahniah & selamat menyambut ulang tahun perkhawinan...... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....

aiShaH said...

Salam..

Mmg betul wakenabeb.. mungkin kepenatan kot.. siann..

aboy said...

Semoga berkekalan Hubungan Bos n Kak Ija...Amin..

akmal said...

ok la macam tu....mana tau,kot2 pas nie terkena dalam cter boom2 bang lak ke...hehe....

Zu@N_o9 said...

wakenabeb gak r..

sameKom En.Hisyam..
this is mY emaiL,
zuan-players.blogspot.com
hafizzuan jailani..
En hisyam sLah msOk bLog kat name sYe..2 blog hazwani zainuddin..

Mommy Lucy said...

macam-macam KL nie...ada nak tergelak, ada rasa nak marah... ada rasa terkejut...hai..mcm2...