Alhamdulillah... semua pelajar yang hadir berjaya menuruni cerun berhampiran kolam renang UiTM dengan selamat. Mereka pasang sendiri anchor tadi. Jadi tak sia-sialah kelas amali minggu lepas. Ramai juga ahli dan alumni yang turun membantu adik-adik mereka.
Lebih separuh daripada peserta telah mencuba gaya berlari turun atau running down ataupun nama lainnya Australian Style. Mereka semakin yakin dengan tali yang sebesar jari telunjuk itu. Laju sekali mereka berlari.
Tapi hati-hati ya, biar yakin tetapi jangan terlalu yakin. Peralatan tidak pernah buat silap tetapi manusia yang bertanggungjawab terhadap sebarang kecelakaan yang berlaku sekiranya ianya melibatkan peralatan. Kenapa agaknya? Sudah tentulah kerana manusia tidak pandai atau buat-buat tidak pandai menjaga peralatan. Mana mungkin peralatan akan bertahan lama jika sekiranya kita tidak menyelenggaranya dengan betul.
Oleh itu, sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas orang yang tersayang [rakan-rakan anda] yang diakibatkan kelalaian kita menjaga peralatan, maka sama-samalah menjaga peralatan rekreasi yang anda gunakan. Agar ianya boleh bertahan lama dan selamat digunakan oleh generasi FSR seterusnya.
16 comments:
musti best
mmg best...dorg pun nmpak yakin dan brani...syabas!!!
alhamdulillah..
walaupun lps tue ader yg kebingungan smp silap naik tangga..
tq en hisyam..
td kami sume da g bblik ke stor,brsih kan sume pralatan yg kami gnakan td..
ok good, cicak kering. Tapi rasanya bukan semua kan
Betul tu, peralatan rekreasi ni ibarat nyawa ketika menjalankan aktiviti. Jika tidak di jaga dengan elok, mungkin rosak. Lagipun barang-barang ni mahal harga nya.
everything is clear en hisham... thank a a lot coz check our safety.....
en hisyam... nie saya punyer
url http://yoshimura-omar.blogspot.com/
saya mintak tolong add saya ... untuk pengetahuan en.sham... saya baru reti skit2 update ....... mintak maaf bebanyak di bulan pose jika lambat and thank very much for the activity this morning....
kepada EN HISYAM ribuan terima kasih diucapkan untuk pelajaran yang di ajar pada arini.... dan segala peralatan sudah dibersihkan dan dah siap dijemur di dalam stor FSR.... dan inilah BLOG AZMAN
http://xtremextvt.blogspot.com/
thanx a lot Encik Hisyam....segala ilmu yang saya dapat dari pengajaran Encik Hisyam amat berguna untuk saya....salam ramadhan...
Salam En Hisyam...
tima kasih utk aktvt abseiling pg td..mmg best n dh pndi sket2 cmne nk wt iktn sndri..tali2 dh bsh n dh jmur kt stor..xtaulh sme ke x..tp mcm sme de jek..x prsn lak spe yg xde..TRIME KASIH
en hisyam saya azri.... tolong addd saya..... mintak maaf lewat tersangat2
http://myoutdoorrecreation.blogspot.com/
slamat ramadhan..
syabas..semua boleh turun buat abseil..hope lepas ni tak lupa ikatan..
belajar rajin2..
ermm..semua pun dah semangat,..keep it up..jangan buat sebab nak markah je..buat sebab Ilmu yang berharga tu k...Slam semua..=)
thx en hisyam n alumni..........
best sgt wat aktiviti nie.........
hehehe
terima kasih en hisyam dan ahli2 PERLU yang telah membantu kami untuk menjayakan Abseiling pada kali ni..
trime kasih kerana menjaga keselamatan kami..
thanks alot..
Post a Comment