Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 28 October 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir

Esok pagi akan bermulalah Peperiksaan Akhir Oktober 2008 untuk pelajar-pelajar UiTM. Nampak gayanya peperiksaan kali ini betul-betul menduga disiplin pelajar-pelajar di dalam mentelaah pelajaran. Mana taknya, dengan demam beraya yang masih terasa dan cuti mengulangkaji yang agak pendek tentulah menjadi cabaran untuk semester ini. Tetapi ianya bukanlah alasan untuk tidak mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya mendoakan pelajar-pelajar FSR mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan kali ini. Nasihat saya sama juga seperti Peperiksaan Akhir April 2008 yang lepas. Anda boleh membacanya di sini. Saya harap pelajar mengambil iktibar dari pengalaman saya semasa menjadi pengawas bilik peperiksaan pada semester yang lalu.

Berita baiknya pula, saya tidak lagi menjadi pengawas bilik/dewan peperiksaan pada semester ini. Tugas saya kali ini hanya sebagai pengambil kertas soalan. Kerja yang lebih senang tapi tanggungjawabnya tetap tidak banyak berbeza.

Akhir kalam saya mendoakan Selamat Maju Jaya untuk semua pelajar FSR. Semoga anda tenang menjawab soalan yang dikemukakan di dalam kertas soalan. Jangan lupa untuk mendapatkan restu terutamanya daripada ibu dan seterusnya ayah anda. Doa mereka berdua sememangnya amat berharga untuk kejayaan anda.

7 comments:

Lennyek said...

Gud luck tuk semua...

en.syam tak jaga exam dah?ermm..sbenarnya,saya,abg john ngan dila nak jmpa en.syam...bila en.syam free?

uMmI_07 said...

mintak dihalalkan juga restuilah n berkatilah ilmu yang telah en.hsym berikan pada kami..moga time nak jwp paper outdoor nti dgn tenang dan dpermudahkan Allah swt..aminnn

tehah said...

halalkan segala ilmu yg en hisyam ajar...doakan tehA mendapat keputusan yg cemerlang...terima kasih dan TEHA meminta maaf sekiranya ada yg tersalah kata dan perangai..

nomiey 08 said...

salam EnSyam..di kesempatan ni nomi hak mintak maaf atas segala salah dan silap atau ade y terguris di hati halalkan segala ilmu y dicurahkan dan doakan kami supaya dpat jawab exam dgn mudah dan tenang...terima kasih En Syam atas segala2nya..

nnmy said...

salam..
i guessed faculty kita ni berdekatan jugak kna.. Noni di Fak Kej Elektrik. Tapi baru jek di sini dan akan tak lama di sini!

Nur Hanum said...

terima kasih..halalkan ilmu yg tlah diberi..doakan kejayaan saya dan rakan2..

~izHa ChiCkY NunU~ said...

salam........
halalkn segala ilmu yg dicurahkn.......doakn kejayaan saya dan rakan2 yg lain???????