Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 19 December 2008

Menakutkan

Melihat keputusan Peperiksaan Akhir Oktober 2008 pelajar-pelajar Diploma Pengajian Sukan (SR113) di Kampus Shah Alam cukup menakutkan saya. Mana taknya, keputusan kali ini mencatatkan keputusan keseluruhan yang merudum. Apa dah jadi sebenarnya?

Ketika membentangkan keputusan mereka ini di hadapan ahli Lembaga Akademik Fakulti saya rasa malu sangat. Mana taknya, keputusan yang dicatatkan oleh pelajar lain di cawangan dan kolej bersekutu cukup memberangsangkan. Keputusan pelajar-pelajar SR113 di cawangan dan kolej bersekutu jauh lebih baik dari sebelumnya untuk kebanyakan kursus. Kalau nak dikatakan pensyarah di Shah Alam kedekut markah, saya tak rasa begitu. Kebanyakan pensyarah yang mengajar diploma pun pernah mengajar di cawangan. Mereka pun pernah membuat penilaian untuk pelajar di cawangan. Tak pula pada waktu itu berlaku penurunan mendadak keputusan seperti yang berlaku di Shah Alam pada kali ini.

Melalui maklumat yang telah saya perolehi, saya telah mengenalpasti dan membuat beberapa kesimpulan tentang keputusan peperiksaan yang terburuk ini. Saya harapkan perkara ini dapat diatasi pada semester hadapan agar keputusan yang lebih cemerlang akan dapat dicatatkan semula di Shah Alam.

Kepada pelajar-pelajar FSR yang membaca posting kali ini saya mengharapkan anda terus berusaha untuk kecemerlangan diri dan bijak memilih kawan di menara gading ini. Ini kerana sekiranya dah tersilap memilih kawan, jawabnya semester seterusnya tak nampak lagilah kelibat anda di FSR.

Selain daripada itu pandai-pandailah membahagikan masa. Kalau nak dikatakan sibuk dengan latihan sukan, saya merasakan senior-senior kamu dahulu pun atlit juga dan mereka pun sibuk dengan latihan juga. Alhamdulillah, berkat pembahagian masa yang berkesan dan seterusnya berbaik-baik dengan pensyarah maka mereka telah mendapat hasilnya. Jadi kepada yang masih 'baru' di FSR saya nasihatkan bukalah buku baru sempena Tahun Baru yang akan menjelang tidak lama lagi.

5 comments:

Hisyam Alewi said...

thanx en.syam for giving me good grade for your course..-syam-

Lennyek said...

btul apa kta en.syam..kita kna pndai bahagikan masa belajar dan training...memamg susah utk bhagikan masa bila dah berada di dunia universiti..tapi tak mustahil benda tu dapat diatasi..

dulu,sya pun ada masalah dalam pmbhgian masa belajar dan training..tp skrg,alhamdulillah...sya dh boleh atasinya..
jadual di sekolah dan universiti mmg xsama..tp kita kena bijak menyusun jadual..

insyallah,sya akn buat yg terbaik thun hdpn..en.syam doakn kecemerlangan&kejayaan sya..

Jose' Patrick said...

ada btlnya kata-kata en.hisyam... kptsan saya pada sem ini turut terjejas...ntah man silapnya..ap pun saya terima dgn hati terbuka mungkin itu da nasib saya..ap pun, saya terkejut dgn rslt bagi subjek en hisyam..tak sangka dapt gred yang baik.ap pun, berkat dan doa pensyarah amat penting dalam mencapai kptsn yg baik...disini, harap en. hisyam akn terus memberi bimbingan dan tunjuk ajar demi mahasiswa dan mahasiswi fakulti.salam...

Anonymous said...

hint.....

Anonymous said...

splitting diovan pillsbuy plavix canada pharmacy

[url=http://www.bebo.com/buylevitraonline1]buy levitra viagra online[/url]