Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 15 December 2008

Hari ini ke CANGGIH, Esok ke Sekolah

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Kamilia akan memulakan persekolahan di Tahun 1. Kelengkapan sekolah satu pun belum dibeli lagi. Panik juga saya dibuatnya bila terpaksa pergi sendiri untuk membeli kelengkapan Kamilia. Selalunya tugasan membeli kelengkapan anak-anak ini saya serahkan kepada Liza. Saya ini memang jenis yang tak reti membeli barang untuk orang lain. Selalunya pilihan saya ada saja yang tak kena.

Nak tak nak, kelengkapan sekolah Kamilia perlu dibeli. Berangkatlah kami tiga beranak (Kamilia & Kamil) ke Plaza Alam Sentral. Di situ Liza kata ada Kedai Baju Sekolah Canggih. Dapat diskaun 10% sebab Liza dah daftarkan keahlian.

Sampai saja kat kedai tu, terkejut juga saya dibuatnya. Ramainya manusia. Macam pesta la pulak. Semuanya sibuk memilih dan mencuba pakaian untuk anak masing-masing. Saya mati kutu juga. Nak pilih baju sekolah macam mana ya? Saya tengok pelangan lain semuanya macam cekpa saja memilih kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka. Semuanya datang dengan suami/isteri dan anak-anak. Saya tak lengkap seorang.

Selepas terkebil-kebil seketika di dalam kedai, akhirnya muncul seorang promoter yang sudi membantu. Itupun selepas saya membaca dengan agak kuat papa tanda yang tercatat "Please Call for Assistance!". Jadi saya serahkan Kamilia pada dia dan saya katakan bahawa saya nakkan pakaian sekolah rendah untuk anak saya ini. Senangnya kerja saya. Semuanya orang yang tolong buat.

Tup-tup, semua yang Kamilia perlukan untuk ke sekolah dah ada dalam bakul. Semuanya 3 set lengkap. Kini baru saya tahu, boleh tahan jugalah rupanya harga kelengkapan pakaian sekolah untuk budak-budak ya.

7 comments:

Apize said...

hehe..pengalaman yang lucu utk en.syam..kena blaja pilih barang utk anak-anak plak..

yazilahyazir said...

salam boss..
itu baru baju.. blum lagi yuran dan buku..
mmg banyak kena belanja..
semoga Kamilia rajin2 belajar n make your parent proud of u

Lennyek said...

tahniah en.syam..

pasni yuran pula..

teamtact said...

salam rekreasi....

leney,kak shila,apize....

ya betul tu ... tapi macam yuran and buku tu setahun sekali.... yang bulan2 pun ada jugak...yang hari2 pun ada gak macam duit belanja makan dan sebagainya....

tapi itu bukan beban...itula tanggunggjawab...betul ke bos...?

turn kita tak sampai lagi... hehehehe tapi dengar crita Cik Yazilah kita dah tak lama..... hehehehe

FoO dA fIrSt#1 said...

harga minyak turun, harga barang dok naik semedang....

wegreentheearth said...

cik yazilah kita tak lame lagi???
kad tak sampai pun lagi...
pe cite nie kak YY?

Azian Elias said...

Salam kenal...

Terima kasih kerana sudi datang ke kedai saya. Maaf atas ketidak perihatinan anak2 buah saya. Maklum lah orang ramai, keadaan kedai pun yang agak terhad. Jangan serik, datang lagi ye..