Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 15 December 2008

Rezeki Kaisara

Semenjak Kaisara dilahirkan, tidak putus-putus teratak saya dikunjungi tetamu. Semuanya ingin melawat dan melihat sendiri bayi yang baru dilahirkan sambil bertanya khabar isteri tercinta.

Saya sebenarnya seronok apabila teratak kami dikunjungi tetamu. Walaupun keletihan kerana melayan karenah Kaisara ketika malam menjelma, namun kehadiran tetamu di siang hari tetap saya dan keluarga sambut.

Saya sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran sekalian yang sudi berkunjung dan bertanya khabar. Semoga kunjungan anda tidak menjadi kunjungan yang terakhir. Kunjungan sebegini sebenarnya boleh meraparkan silaturrahim sesama kita. Maafkan kami sekeluarga sekiranya layanan yang diberikan tidak seberapa.

5 comments:

zainal said...

Salam..

Terima kasih kerana menerima lawatan kami semalam. Bukan setakat balik modal beli hadiah utk Kaisara, siap ada untung lagi. Terima kasih sekali lg kerana lunch yang sangat lazat. Nasib baik kami sekeluarga tak sapu licin, tinggal sikit untuk Kamilia makan. Kepada sesiapa yg belum melawat..pastikan masa lawatan anda lebih kurang waktu makan tengah hari. Lepas tu sila order ayam panggang spesel...sedap gila!!!

hisyamchemat said...

Kudult,
Kalau bawa hadiah besar lagi, dpt unta panggang. hehehe. TQ kerana sudi singgah.

wegreentheearth said...

malam plak siap ade daging panggang...
pun sedap gak...
walaupun tak bawak hadiah datang..
balik penuh gak poket dgn duit..
tapi duit org la..
heheee....

hisyamchemat said...

Jaga2 Mus, jangan sampai hilang. Nanti puas pulak nak mengganti

wegreentheearth said...

saya dah bankin dah bos...
alhamdulillah selamat...