Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 26 February 2009

Mimpi Lagi

Pagi itu saya bangun dengan jiwa kacau. Tidak tenang seperti selalunya. Apakah makna mimpi yang baru saya alami itu? Takkan kawan baik saya sanggup melakukan benda itu. Dia seorang yang baik. Kami sering berkongsi cerita dan tegur menegur. Saya hormati dia lebih daripada sebagai seorang kawan. Dia sudah saya anggap sebagai saudara rapat saya. Kalau tidak sebagai saudara kandung sekalipun kami tetap saudara seagama.

Secara kebetulan pula sahabat saya ini menelefon saya di awal pagi. Katanya nak jumpa saya. Dia kini sedang berada di Shah Alam. Memang sudah hampir 6 bulan kami tidak ketemu. Dah lajak-lajak berada di Shah Alam, jadi apa salahnya mencuba nasib menelefon saya mengajak minum-minum. Dia ceria bercerita tentang bisnesnya yang kini semakin maju. "Mendapat projek berjuta-juta!", sembangnya bagi menggambarkan kejayaan bisnesnya walaupun baru beberapa tahun sahaja diceburi bidang ini. Setelah puas mendengar cerita kejayaannya saya mencelah, "Sahabat, aku ingin ceritakan sesuatu tentang mimpi yang aku alami semalam. Mimpi aku ada kaitannya dengan engkau sahabatku". Sahabat sahaja begitu teruja untuk terus mendengar. "Apa lagi ceritalah", balas sahabat saya tidak sabar. Saya mula bercerita, "Semalam aku bermimpi... engkau aku lihat sedang mandi. Air mandian yang engkau gunakan adalah najis-najis manusia. Aku sedih sangat melihat betapa gembiranya engkau mandi dengan air najis manusia itu". Wajah kawan saya yang sebentar tadi ceria, kini bertukar merah padam. Mungkin dia ada menyimpan sesuatu rahsia besar yang tidak boleh dikongsi bersama. "Apa lagi yang engkau mimpi tentang aku!", soalan yang keluar dari mulut sahabat saya selepas itu. "Kurang jelas...tetapi ia melibatkan duit dan kerja buat engkau"!, jawab saya.

Nota: Cukuplah cerita itu setakat ini dahulu. Sukar pula untuk saya menghabiskan pengakhiran pertemuan kami pada pagi itu. Kejadian ini berlaku pada bulan Mei 2003. Rupa-rupanya memang ada cerita yang tersirat di sebalik mimpi saya di atas yang kebetulannya berkaitan kawan saya dan bisnesnya. Wallahu 'aklam bissawab. Saya pohon keampunan.

4 comments:

-sOutherN_Sh@rK- said...

semua kejadian ada hikmahnya.. sama-samalah kita berdoa agar kita dijauhkan dari kesesatan dunia...

hisyamchemat said...

Jerung Selatan,
Benar bagai dikata.

are'dieka said...

alhamdullillah sir,beruntung sgt sbb dpt petunjuk mimpi mcm 2,sekurang2nya insyaAllah kita dapat menyedarkan seseorang itu di atas kesilapan yg telah dia lakukan..semoga pintu hati nya di buka kan utk bertaubat..Amin

Anonymous said...

semoga Allah s.w.t. berikan kita kebaikan yang banyak dan tidak membiarkan kita dalam kesesatan - sedar atau tanpa sedar.