Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 24 February 2009

Peristiwa di Subuh Hari

Saya singgah untuk solat Subuh di sebuah masjid di negeri Perak. Ketika sampai di perkarangan masjid, bilal sedang mengalunkan azan dengan suara yang agak serak-serak basah. Saya pernah dengar suara imam tersebut, tetapi masih gagal meneka pemiliknya. Ramai sungguh orang di pagi tersebut sehingga saya terpaksa bersolat sunat di beranda masjid sahaja.

Apabila bilal memanggil untuk dipenuhkan saf, saya cuba untuk bergerak ke dalam masjid. Allah permudahkan. Semua orang memberi laluan. Tuptup... saya dah berada di saf yang paling hadapan. Betul-betul di belakang imam. Di sebelah saya rupanya bilal yang sebentar tadi mengalunkan azan, Dr. Zambry rupanya. Saya sempat bersalam dengan beliau. Di sebelah beliau adalah Ir. Nizar yang tersenyum memandang saya. Saya kaut juga tangan Ir. Nizar. Imam tidak pula dapat saya pastikan siapa. Kemudian saya mendengar Dr. Zambry berkata, "Ana tak ada suara la Sheikh, boleh tolong gantikan tempat Ana?". Saya terkedu tetapi tangan sudah memegang wireless mic yang dihulurkan sebagai tanda bersedia menggantikan beliau sebagai bilal.

Tuptup mimpi rupanya. Tak sempat saya menikmati kesudahan mimpi awal pagi tersebut. Terasa ingin menyaksikan apakah kesudahan ceritanya selepas solat tersebut.

Tak sangka pula cerita sedih dari Perak terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi. Doa saya agar mimpi menjadi realiti di mana pemimpin dapat duduk semeja untuk menangani dengan bijak tentang krisis kepimpinan di negeri tanah tumpah darah nenek sebelah arwak Mak saya ini. Sesungguhnya tiada kekuasaan yang kekal melainkan kuasa yang Maha Esa.

10 comments:

yazilahyazir said...

erk..
saya ingat td betul2..heheheh..

Anonymous said...

aik..:)saya ingatkn betul la tadi..sampai terdetik betul ke mb perak ni..ropenyer..he..he..

[moncet] said...

=)
mana taw ade rezeki..
mimpi tu bersambung

perjalanan said...

gaya2 mimpi, mcm nk ganti tmpt MB perak je,hehe...


salam perjalanan...

kuDULT said...

Salam..

Hang memang pandai la buat lawak...

Aku pernah banyak kali semayang jumaat dengan Dr Zamry kat Teluk Muroh (Teluk Batik). Dia memang peramah. Jumpa dan sembang dgn dia kat opis aku pun pernah...baik orangnya. Org Pangkor betul...sampai sekarang tak putih-putih..island boy le katakan.

Dato' Ir Nizar..aku tak penah jumpa, tapi dari pemerhatian aku dia ni bijak pandai dalam ilmu dunia dan akhirat...humble jugak, cuma kesian dia....

Sayangnya politik memisahkan dua orang yg sangat layak untuk membantu rakyat Perak ini.

Entah le...yang pasti hero aku Tuan Guru Nik Aziz....Hidup tuan Guru!!!!

HiCMat said...

Abe,
Mimpi sebab banyak sangat baca tulisan MSO. Penangan MSO daaa hehehe. Kirim salam kat MSO. Semoga beliau terus dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang terbaik untuk terus menulis.

Lan,
Jauh panggang dari bara. Mainan tidur ja.

Kudult,
Kedua-dua YB sama hebat. Namun ada yang lebih hebat.

mommysarah said...

Abg Ungkal....teruja saya masa mula2 baca tadi...tp...aduhai...mimpi ler pulak. Kudult..amboi2...mentang2 hang putih...

HiCMat said...

Along,
hehehe... saja bagi gempaq sikit.

FoO dA fIrSt#1 said...

teringat saya masa Dr. Zambry sama-sama makan bawah khemah pusat masa final camp pangkor dulu....

Amin Ahmad said...

Dr Zambry pun orang Anwar dulu, dan kena ISA bila Anwar kena pecat..

Tapi dalam politik ni biasalah ada beza pendapat dan undang-undanglah jalan penyelesaiannya.