Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 16 February 2009

Takkan Kot Sampai Diguna-guna

Saya baru terbaca satu daripada posting di dalam blog Cebad bertajuk Guna-guna. Nama saya 'naik' sebagai salah seorang individu favourite kalau nak diguna-gunakan. Eh eh takkan sampai ke situ pula kot. Semua perkara boleh dibawa berbincang. Kalau dah teruk sangat pun buat ajalah laporan polis tak perlu sampai diguna-gunakan.

Takkanlah di zaman yang serba moden ini masih ada yang berfikiran kolot. Kalau merasakan diri dizalimi dan dianiayai berdoa sahajalah kepada Allah. Hanya kepadaNya sahaja tempat kita bermohon. Bukan pada jin, syaitan dan iblis yang sentiasa hendak merosakkan kaum Nabi Adam.

Saya merasakan apa yang dicatatkan oleh Cebad itu hanyalah andaian beliau sahaja. Harap-harap tak adalah di kalangan kita yang masih berfikiran kolot dan sanggup membinasakan orang lain dengan cara yang tak baik ini.

Sesungguhnya saya tidak gentar. Hanya kepada Allah saya berserah.

8 comments:

teamtact said...

Assalammualaikum....

We support you boss..... tak payah risau bos... kalau betul ada yang sanggup buat macam tu memang tak berkat la hidup dia.... esok-esok abis anak bini dan cucu dia pulak yang terima padah......

[moncet] said...

saya sokong...

ad_chester said...

sokong2..bnda ni mmg wjud..kiter jus bsbr n bwk brdoa je r..moga2 xkna kt kter..amin

yazilahyazir said...

salam boss..
no matter what happen..we'll always support u boss..
jgn risau k, org yg tak ingat kat ALLAH SWT je yg suka buat benda2 mcm tu.
Sabar ye boss..Semoga ALLAH SWT memelihara keselamatan dan kesejahteraan En. Hisyam Che Mat sekeluarga..Amin

Penerus Hidup said...

sokong teamtact.... jangan risau boss, saya tahu boss seorang yang baik dan ikhlas dlm apa jua perbuatan boss.... insya allah, allah akan melindungi boss dari segala anasir2 jahat seperti itu.....

nurul09 said...

salam..knp msti buat org len cm2??mner prgi kwarasan akl mnusia yg teristmewa tu??

nurul09 said...

salam..knp msti buat org len cm2??mner prgi kwarasan akl mnusia yg teristmewa tu??

teamtact said...

nurul09.... mungkin itu bukan manusia istimewa... mungkin slow learner (OKU)