Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Saturday, 28 February 2009

Pencinta Haiwan

Semalam

"Kamil...hari Sabtu ni birthday Kamil. Kamil nak apa untuk hadiah harijadi", tanya saya kepada satu-satunya anak lelaki saya. Kamil menjawab, "Abang nak katak!". "Katak!...kenapa katak", tanya saya kembali kerana terkejut dengan jawapan Kamil. "Abang nak katak juga!" , jawab Kamil tanpa memberikan sebab musabab pilihan hatinya itu. Saya terus menduga, "Lain, abang nak apa?". Spontan Kamil menjawab, "Buaya!". Tersengih saya seorang memikirkan jawapan yang Kamil berikan. Haiwan juga yang dipilihnya.


Petang tadi

Kamil ceria semacam saja petang tadi semasa saya ambil dari TASKA. Turun dari kereta terus dia berlari ke rumah jiran. Nak bermain la tu. Saya pun tak kisah sangat sebab esok cuti. Jadi biarkan Kamil main sepuas-puasnya petang ini.

Seorang jiran terdekat singgah ke rumah kami petang tadi dan bertanyakan sesuatu kepada Liza. "Betul ka esok harijadi Kamil!", soal jiran tersebut. "Kenapa!", tanya Liza spontan. "Tadi... Kamil datang ke rumah aku. Dia kata esok kat rumah dia ada buat makan-makan. Jadi dia jemput anak-anak aku ke rumah hang esok", terang jiran saya.

Bila masa la pula kami cakap nak buat makan-makan. Alahai pandai-pandai saja Kamil ni. Rupa-rupanya Kamil dah uar-uarkan kepada kawan-kawan sekitar rumah tentang harijadinya yang akan disambut esok.

Aduh macamana ya. Esok pulak seharian saya di UiTM Kuala Pilah. Alahai Kamil sorang ni.

17 comments:

::: sHerRy LovE cHErrY ::: said...

salam...

biasalah en hisyam...
budak kecik..

are'dieka said...

he..beruntungnya..
teringat masa zaman budak2 dlu..

izqees said...

btol3..
budak2 camtu la..
bg binatang kt kamil as a present..
hehe

Liza Azahar said...

Selamat Hari Jadi Kamil. What a bright boy mmmmmmm.... birthday party!!! must be fun! Without parent's knowing!!

sTorY AbouT..... said...

happy birthday kamil!! pelik2 permintaan kamil 2 ye..hehehe abis jd ke en.hisyam wat makan2 tu??

sTorY AbouT..... said...
This comment has been removed by the author.
warna warni kehidupan said...

happy birthday sang pencinta haiwan..hehehe...
pandai ye kamil nk bt birthday party mcm kakak dia la tu..huhuhu...

~W.W.K~

Lennyek said...

happy birthday kamil afiq...
pndai btul kamil ni..En.syam bli juga ke katak utk si pencinta haiwan ni??tp sya slalu tgk die main dgn semut ada la..

nsib baik kamil lahir awl ckit..kalo x,mau 4taun skali je smbut..

Clarise said...
This comment has been removed by the author.
moncet said...

hepy beday KAMIL
=)

perjalanan said...

haha, makin bijak kamil...
hepi besday kamil yg comel...


salam perjalanan...

Clarise said...

biasa lah tu sir,saya dulu pun minta hamster senagai hadiah.saya sarankan sir bagi haiwan yang lebih sesuai untuk dia,kerana menurut pakar psychology kanak2 akan menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab sekiranya ada haiwan perliharaan yang perlu dijaganya..sir pikir2 kan lah..

chubby said...

huhuhuhuhu.....epy bezday kamil...
bertuah betol ank en. hisham nie...
huhuhuh....
salam....=)

pejal said...

hah sudah... jammed.... bdk kcik cik hisyam... hahah..

-sOutherN_Sh@rK- said...

hehehe... ape-ape lah...... ntah2 bagi katak, dia yang tak nak pegang... hehehe...pape pon, appy besday..

teamtact said...

salam....

bagus la macam tu... tak ramai budak-budak yang macam tu... pernah dengar cerita azmi ob pasal hobby dia bela berudu masa kecik2 dulu.... memang tak lari jauh la kamil dengan uncle mi dia.... cuma kamil advance sikit... terus nak bela katak...

happy birthday....

Anonymous said...

Happy Belated Birthday...
Sorry lambat Buzy skit...