Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 25 February 2009

Dah Agak Dah!

Bikin pening sahaja!

Saya dapat panggilan telefon sebentar tadi. Ini memang betul bikin pening. Susah betul cakap dengan mereka yang tak berapa nak faham. Soal pemanggil kepada saya, "Kenapa buat kem ni lama sangat... sampai 7 hari. Buat sajalah 2 atau 3 hari saja. Kenapa tak dibuat semasa cuti semester". Aik lama sangat ka 7 hari tu. Saya dulu kalau sebut Final Camp paling kurangpun 14 hari. Baru betul Final Camp. Buang masa untuk perjalanan kedebak kedebuk dicampur persiapan awal dan akhir kem dah mencecah 2 hari setengah. Jadi untuk aktiviti sebenar hanya tinggal 4 hari setengah sahaja. Alahai susahlah kalau orang yang tak boleh beralah ni. Nak kita ja beralah. Bikin migrain ja. BP saya pun dah naik tempohari.

Ini bukan kem syok sendiri. Sengaja saya pilih tempat yang dekat-dekat supaya pelajar tak letih dengan perjalanan yang jauh. Cuma pelajar INSTEDT sahaja yang terpaksa menempuh perjalanan jauh. Apa nak buat dah tempat mereka pun di hujung dunia (maaf ya Ustat).

Alahai nasib badan. Nampak gayanya terpaksalah pinda tarikh. Mungkin nak dipendekkan hari. Beralah pun beralah la.

Memang semester ini agak kacau sikit. Cuti pertengahan semester dibuatnya di awal semester. Mana boleh Final Camp dibuat di awal semester. Takkan baru belajar ikatan dan simpulan terus nak ke Final Camp. Jadi saya rancanglah kem di akhir semester pula. "Dipangkah" pula dalam mesyuarat Kabinet. Disuruh buat masa semester juga. Nak dibuat masa semester berjalan... hah inilah jadi. Kerjasama sesama pensyarah pula tak ada. Saya dah agak benda ni akan jadi masalah. Sukar nak cari penyelesaian walaupun saya sendiri KP. Arghhhhhhhhhhhhhhhh!

Senang cerita. Tak payah buat la. Ajar teori saja kot. Lagi senang kerja saya. Tak payah berpeluh. Duduk saja dalam aircond.

17 comments:

are'dieka said...

yap..saya dah dapat agak dah siapa orangnya..he2..
tapi apa boleh buat en. kami hanya student yg baru hendak belajar dalam outdoor ni..kami pun dah pening memikirkan hal ini..harap2 masalah ini ada jalan penyelesaian yg menguntungkan semua pihak..kita hanya manusia,tak boleh puaskan hati semua pihak..

perjalanan said...

kenapa skrg ni makin susah nk buat kem...dulu x mcm ni pun, ok je...sy rasa bkan sbb 'mereka' x faham kehendak subjek ni, tp sbnrnye lebih kpd prasaan hasad dengki dan prasaan nk menjatuhkan org lain...wallahualam...


salam perjalanan...

yazilahyazir said...

salam boss..
dulu final camp saya 9 hari..tak kisah pun...
Sabar En. Hisyam...ni lah penangan org yg tak faham rekreasi, mcm kat tempat saya. Program saya tak lulus pasal mereka kata tak benefit pada universiti...hmmm..teruskan lah dgn fikiran kolot anda tu...
mcm mana pun, harap boss tabahkan hati, Insyallah..mesti ada jalan penyelesaian...u always know what to do and how to do it...
Jgn putus asa ye boss...
YOU CAN DO IT!!!!!!!!!
have a great day boss...

aiShaH said...

Rasanya kalau kita terangkan kat setiap pensyarah yang kita perlukan masa seminggu untuk kem ni sepatutnya mereka faham. Kena adalah tolak ansur.. Mmgla kelas penuh tapi takkan seminggu 3 jam kelas kita tak boleh nak bertoleransi.. Klaau meeting urgent atau anak sakit boleh pula cancel kelas.. so semua nie kena ada kerjasama. rasanya kalau di terangkan kepada setiap orang mereka akan faham... good luck

olie_8 said...

salam..sy dapat agk rasenya siapa..huhu..kami pelajar pun smpi tak tau nk buat apa..subjek tu penting subjek ni pun penting..harap kita sama2 dpt cr penyelesaian nya...

cebad said...

siapa pakar tu?

mesti tak tahu apa itu fakulti sains sukan dan rekreasi.

spt komen saya yg terdahulu Ce Hisyam

Clarise said...

bersabarlah sir,memang pening skit kalau ada org tak suka akan outdoor ni.tapi sir jgn lupa jaga kesihatan pulak nanti takut lain pulak yang jadi.kami cuma mampu berdoa agar masalah ini dapat diselesikan dgn elok dan mendapat kerjasama dari ke dua2 pihak.bersabar ye sir,i know u can face it!!

NerDD said...

emm sy pun dah agak sapenya sir..
dri dulu lgi masalah ni berulang..dri senior kami pon kena mcm 2..bagi pendapat sy,,kte gi kem pun bkn nak suka2 tpi kte gi kem utk belajar ilmu rekreasi dan ianya 1 subjek dlm course kami...sbr sir..sy tahu sir boleh selesaikan masalah ni..InsyaAllah semua masalah dpt diselesaikan...

cy_sumandak said...

salam boss,

all the best!! fight for the right..hehehe..baru plan nak p final camp ni...

kepada yang berkenaan..cubalah bertoleransi dlm segala sesuatu..barulah kita maju dengan cemerlang!

lan, mungkin jgk PHD kan..hehehe..

Anonymous said...

Mmg memeningkan kepala..
dia bkn saja nak buat test tuk bdk diploma..
tapi bdk degree plak dia nak surat dari dekan kite dan hantar ke koordinator pusat bahasa..
kalau tak kitorang sume dikira tak hadir kelas..
so markah attendance kena tolak..

adoyaiii.... :-(

::: sHerRy LovE cHErrY ::: said...

sabar ye en hisyam...
apa2 yang berlaku tu ada hikmahnya..
harap2 en hisyam tak abaikan kesihatan en hisyam tu ye..

zella said...

en.hisyam bila nak ad saya?

crAzEe<33 said...

saya pon taw jgk sape gerangan orangnye tu.. tp nnt kami akn dibekalkan dgn assignment selonggok.. xpe r.. jnji dpt g camp..

p/s: en hisyam tolong r add saya..

Stoner said...

pensyarah yang kena p final camp kot...baru ada kerjasama...akekekeke

apeda~

Hisyam Alewi said...

rasanya pihak di sebelah sana tidak tahu akan syarat kursus kepimpinan rekreasi tahap II yang berlangsung selama 7 hari

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya sedih dengar cerita macam ni.
Saya juga pencinta outdoor tapi dari kes ini semua pelajar yang terlibat dan pensyarah mesti memahami kehendak keperluan akademik terutama keperluan kursus. Apa-apa yagn kita nak komen lihat juga silibus yang digunakan supaya ia tidak menjadi pertikaian. Bersabar la en. hisham, usaha murni anda sentiasa kami hargai.

Amin Ahmad said...

Cik Hisham,

Masalah yang sama pun berlaku di UPM. Rasanya Cik Hisyam pun arif. Tapi alhamdulillah sebab di Fac Hutan mmg hampir semua subjek pun banyak trip, maka ada toleransi. Bab tidak toleransi tu datang dalam bentuk lain.

Saya fikir Cik Hisyam boleh bawa dlm mesyuarat fac utk minta jasa baik pensyarah lain berikan pelepasan 1 minggu utk trip dalam semester.