Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Sunday, 8 February 2009

Khabar Dari Sik:Kak Ti Meninggal

Saya sekeluarga kini sedang berada di Sik. Kakak kandung saya, Norhayati binti Che Mat telah selamat kembali ke Rahmatullah. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 2.00 pagi semalam ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Sik. Arwah telah meninggalkan seorang suami bersama tiga orang anaknya yang berumur 8, 10 dan 12 tahun.

Menurut suaminya, Kak Ti mengalami kesukaran untuk bernafas sekitar jam 1 pagi.

Saya sayang Kakak. Satu-satunya saudara kandung saya di mukabumi ini. Namun Allah lebih menyayanginya. Beliau telah pergi meninggalkan kami semua pada umur 36 tahun.

Rakan-rakan bloggers sekalian, saya bermohon agar sama-samalah kita doakan semoga roh satu-satunya kakak kandung saya ini dicucuri rahmat dan seterusnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal'alamin.

Al-Fatihah

17 comments:

Pewaris Reformasi said...

Salam. Takziah En Hisyam.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 mukmim, insyaAllah.

cebad said...

Allah Jua Yang Kekal.

InsyaAllah, kita sentiasalah pada setiap hari menghadiahkan Al Fatihah kepada saudara mara kita yang masih hidup dan juga yang telah kembali kepadaNya.

rahimmeerah said...

Al-Fatihah, muga2 rohnya ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Kepada kita yang masih hidup, beringat lah umur/hayat kita semakin hari semakin pendek.

Stoner said...

cik hisyam, banyak2kan bersabar dan berdoa. semoga arwah ditempatkan dengan orang2 yg beriman. kami semua sentiasa ada di samping cik hisyam.

Lennyek said...

salam takziah buat en.syam..
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman...amin...

mommysarah said...

Salam abang ungkal....

Salam takziah dari kami sekeluarga. Saya tau, arwah merupakan saudara kandung abg ungkal yang paling abang ungkal sayang. Sabar lah abang Ungkal. Mudah-mudahan allah mengampuni segala dosa-dosanya... Banyak2 bersabar...

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

salam..

salam takziah.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
saya masih ingat lagi baca cerita-cerita en ungkal mngenai arwah dulu.
keep strong ya!

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

salam..

salam takziah.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
saya masih ingat lagi baca cerita-cerita en ungkal mngenai arwah dulu.
keep strong ya!

perjalanan said...

salam takziah...
tenangkan hati dan bnykkan bersabar bos...
smoga arwah diletakkan dikalangan org2 yg beriman, insyallah...
Tuhan lebih menyayanginya...


salam perjalanan...

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Salam Takziah En. Syam.
Sama-samalah kita doakan roh arwah berada di dalam rahmatNya dan ditempatkan bersama orang2 Mukmin. Amin...

HiCMat said...

Terima kasih semua

Anonymous said...

alfatihah

ayed said...

saya mengucapkan takziah kpd en hisyam.diharap en hisyam tabah.setiap yg hidup pasti akan mati.yg hidup haruslah meneruskan kehidupan.sekian

olie_8 said...

salam talziah en hisyam...

Anonymous said...

Salam TAKZIAH dari saya dan rakan semua...

Moga arwah ditempatkan bersama golongan soleh...amin.
ADZLY & SEMUA KWAn2 kelas part 5
SR221

cheng said...

alfatihah, moga rohnya dicucuri rahmat - lancheng

cheng said...
This comment has been removed by the author.