Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Sunday, 22 February 2009

Minta Dua Ringgit!

Kamilia bersungguh-sungguh merayu supaya berikannya RM2. Mana mahu dilayan, saya sedang fokus untuk meratah hidangan yang berada di depan mata. Ada udang bakar, kupang masak cili, ikan bakar dan sotong goreng tepung untuk saya 'langsaikan'. Bukan selalu dapat 'turun' Melaka dan makan di Medan Ikan Bakar Umbai ini. Liza, Mak Bibah dan Bibik dah 'surrender'.

Kamilia tidak berputus asa. Dia terus mengganggu konsentrasi saya untuk makan. Dia tetap mahu RM2. Sebab musabab dia inginkan RM2 itu tidak pula dinyatakan. Saya jangkakan tentu dia dan Kamil sudah survei mainan di kedai-kedai kraftangan yang terletak berhampiran tempat kami menjamu selera.

Tak tahan diganggu akhirnya saya mengalah. Saya berikan RM2 kepada Kamilia. Saya minta Bibik tolong temankan mereka untuk melihat apa yang ingin dibeli.

Kamilia balik dengan cenderahati di tangan. Nak tahu apa bendanya? Rotan! Kenapa? Rupa-rupanya sambil bermain tadi dia sudah pergi survei harga. Katanya ini hadiah untuk papa kerana setiap kali dia dan Kamil buat perangai, papa kata nak beli rotan...tapi tidak juga dibeli. Jadi hari ini dia dah nampak rotan. Jadi tanpa mengetahui apa fungsinya... Kamilia sudah membeli satu hadiah yang cukup berharga untuk saya.

7 comments:

warna warni kehidupan said...

wah kamilia nk membodek nmpk beli rotan...hehehe..
sungguh cerdik kanak2 zaman skg...

~W.W.K~

yazilahyazir said...

hahhaha..
mcm serah diri je...
kalo saya kecik2 dulu, rotan tu saya sembunyikan dari ayah kalo dia tak perasan..hehhehe

Lennyek said...

dulu saya tak kena rotan, tapi kena batang penyapu..huhuhuu...

kamelia dh tlg papa die mumudahkn kerja..hehehe...

perjalanan said...

hahaha...


salam perjalanan...

HiCMat said...

Dilla, Yazilah & Lenny,
Saya ucap terima kasih kat Kamilia malam tu. Tak sangka betul itu pula yang dibelinya. Saya simpan rotan tu dalam bonet kereta, takut 'terbabas'.

aiShaH said...

la... mesti dia tak tahu kegunaannya.. mmg anak baik la sedia serah diri..

Penerus Hidup said...

hmm.... itu tandanya insayaallah, kamilia akan menjadi anak yang baik... insyaallah...