Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 12 February 2009

Bertuah

Saya amat bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara yang prihatin. Saya amat bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara yang sentiasa sudi memberikan sokongan dan bantuan tidak kira masa dan ketika.

Ketika saya tidak dapat menghadiri Amali Asas Perkhemahan yang bertempat di Bukit Cerakah tempohari akibat kematian Kak Ti, rakan-rakan pensyarah dan staf berebut-rebut untuk hadir menggantikan saya sebagai pengiring untuk amali tersebut. Mereka ikhlas membantu. Terima kasih Cik Su, En. Norasrudin, Pn. Rezian-na, En. Bob, Moon En.Azizul dan En. Khaizani dan tidak dilupakan pensyarah dari INSTEDT iaitu En. Ahmad Firdaus Ibrahim, En. Fadzil dan En. Shah


Alumni PERLU dan ahli PERLU UiTM juga turut sama menyumbang tenaga mereka untuk menjayakan program tersebut. Mereka hadir tanpa dibayar. Saya yakin mereka hadir kerana Allah dengan niat untuk membantu melancarkan aktiviti amali perkhemahan tersebut. Jasa kesemua mereka di atas hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih kesemuanya yang sudi hadir.

Saya juga mendapat maklumat peserta-peserta kali ini seperti kumpulan sebelumnya memberikan sepenuh komitmen biarpun tanpa kehadiran saya. Khabarnya semua aktiviti yang telah direncanakan berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang tidak berbelah bagi yang telah ditunjukkan oleh para peserta. Alhamdulillah segalanya selesai tanpa sebarang kecelakaan dan mencapai objektif yang telah digarapkan.

Jiran di kawasan perumahan saya pula sememangnya cukup prihatin. Mereka tertanya-tanya ke mana menghilangnya saya sekeluarga selama lebih 3 hari. Ramai menjangkakan saya bercuti selepas pulang dari Dungun tempohari. Saya pula terlupa terus untuk memaklumkan kepada mereka. Kepala saya hanya teringatkan urusan 'penting' di kampung. Setelah jiran-jiran mengetahui keadaan sebenar 'kehilangan' saya sekeluarga. Rumah saya berterusan dikunjungi oleh jiran-jiran terdekat selepas waktu pejabat untuk bertanya khabar dan mengutuskan ucapan takziah. Saya menghargai dan menghormati segala keprihatinan dan sokongan mereka. Semoga Allah terus menyuburkan dan memelihara kerukunan kawasan kejiranan kami.

8 comments:

cebad said...

Assalamualaikum saudaraku

setiap perkara yg dilakukan dgn ikhlas, jujur dan dan beramanah akan diberi ganjarannya, jika tidak 'cash' ianya secara 'accrued'.

sesungguhnya, kita umat Islam ini adalah bersaudara. maka hendaklah kita melakukan sesuatu dgn keinsafan. walau pun saudara kandung tiada lagi di bumi Allah, saudara seIslam anda masih lagi ramai bersedia membantu, InsyaAllah.

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Boss,
As usual You Call We Hall.....


Cheers....

teamtact said...

Salam Rekreasi....

Bos lah yang banyak ajar kami supaya jangan mengharapkan apa-apa bila melakukan sesuatu... itu lah yang cuba kami lakukan...

Bila tanam padi, rumput akan tumbuh dengan sendiri... tapi kalau tanam rumput, padi takan tumbuh.....

TQ

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

kebaikkan akan dibalas dengan kebaikkan

tq

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Salam Boss,
Ini lah ganjaran untuk umatNya yang benar-benar ikhlas dalam melakukan sesuatu, Allah akan tolong dari pelbagai sudut.

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Boot,
Tanya sikit:Pasai apa DariMenaraKe PuncakDunia asyik bersawang? Dah ada blog baru ka? Cerita la sikit.

Cheers...

En Razak said...

PPT,
Sekarang ni Boot dok tumpu facebook la pulak.

yazilahyazir said...

Salam Boss..
Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk ikuti program dan atas didikan boss la..kami bersungguh-sungguh nak balas budi boss..
Terima Kasih lagi...