Sewaktu Diploma Pengurusan Kesenggangan (Diploma in Leisure Management) ditawarkan di FSR dahulu, Orienteering dimasukkan sebagai salah satu daripada subjek wajib program. Silibus subjek ini merangkumi banyak perkara berkaitan aktiviti Orienteering. Bermula dari Pengenalan kepada aktiviti orienteering, sejarahnya di dunia dan di Malaysia, tentang kompasnya dan petanya, tentang jenis-jenis pertandingan orienteering sehinggalah ke peraturan-peraturan di dalam pertandingan. Banyak tu nak diajar. Banyak juga untuk dipelajari dan dipraktiskan oleh para pelajar.
Sekarang, Orienteering hanya dimasukkan sebagai sebahagian daripada pengisian di dalam kursus Rekreasi Luar. Hanya satu sessi lebih kurang 4 jam untuk menghabiskan teori dan amali. Memang agak sukar dengan hanya masa yang terhad ini untuk memahirkan pelajar dengan teknik penggunaan peta orienteering dan kompas. Namun dengan semangat dan minat yang ditunjukkan tadi, saya yakin pelajar mendapat manafaatnya. Bagi mengukuhkan pemahaman pelajar berkaitan aktiviti Orienteering, maka pelajar ini akan mempraktiskan lagi kemahiran mereka semasa di Amali Asas Perkhemahan di Bukit Cerakah nanti. Harap-harap tak adalah yang tersesat sampai ke Monterez ya!
Nota: Peserta dari Kolej Shahputra terpaksa menarik diri di saat akhir dek masalah pengangkutan.
5 comments:
salamm..semalam merupakan hari yg paling best..sbb belajar Orienteering..terima kasih En.Hisyam sbb ajar kami semua ilmu Orienteering..sy harap d 1st camp kami semua dpt apply ilmu Orienteering..
Salam boss...Lama dah saya tak berkesempatan mencoret di blog. Sekarang sibuk sangat2 boss sebab banyak keje nak kene buat. Nak maklumkan kat bos yang kami di wajibkan wat pendidikan luar (orienteering, abseil, kayak...). Kebetulan saya jadi pengerusi untuk kelas PJ buat pendidikan luar. Terima kasih yang tak terhingga kepada En. Hisyam sebab dedahkan saya kepada pendidikan luar terlebih dulu. Akan saya coretkan segala xtvt tersebut d blog saya nanti. terima kasih sekali lagi boss!!!
Abang Ungkal...
Teringat masa buat Night Orienteering dulu. Rasanya masa tu Abang Ungkal Jugak yang handle kan. Pergh...giler tension masa tu...tapi syok. Kalau tak silap buat kat area UPM...tp lupa the exact location. And I do remember masa buat orienteering kat Ulu Yam...wahhhh sangat menitis airmata...masuk selut cik bab lagi...terus dapat kutu cik bab....waaaaaa
NerDD,
Sebenarnya masa terlalu singkat untuk belajar lebih banyak lagi teknik dan ilmu untuk aktiviti Orienteering.
Roland,
All the best
Mommysarah aka Along,
Masa saya jadi peserta untuk pemilihan A006 dulu pun ada Night Score Orienteering. Adaka patut control point depa letak kat reban ayam yang berhantu.
Suunto kirim salam
Teringat subjek orienteering ngn Tuan Amri.
sepagi ke petang di FRIM. Malam plak Night Orienteering di UiTM mmg serrender ngn bukit tonggek huhu~
Pengalaman yg x dpt dilupakan sungguh~~
Post a Comment