Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 8 April 2009

Gaduh, Tumbuk dan Bakar

Saya tak berada di situ tapi boleh jangkakan suasana yang sukar dikawal di situ. Dulu masa budak-budak memang saya kerap ke sana. Jadi saya boleh jangkakan meriahnya pesta itu. Cuma mungkin lokasinya sahaja berbeza tetapi kemeriahannya tetap sama.

Masa dulu-dulu kalau hijau kuning beraksi aja tentu saya cuba hadirkan diri. Tambah-tambah lagi kalau perlawanan itu diadakan di Stadium Darulaman. Seronok berada di tepi gelanggang. Boleh tengok secara langsung sesuatu perlawanan.

Tapi itu dulu. Masa tu saya tak pernah dengar tentang rasuah. Tentang pemain menjual perlawanan. Tentang jual beli gol. Bila dah bocor semua benda-benda pelik ni saya dah tak minat nak tengok bola lagi. Bukan kata kat stadium, kalau perlawanan kat padang pun jelik rasanya saya nak tengok.

Kalau dulu semuanya kecoh mengenai jual beli perlawanan, sekarang pula isu gaduh-gaduh. Sukan yang sepatutnya menyatukan kita semua telah menjadi sebaliknya. Pemain dan penonton bermusuh hingga berlaku pergaduhan dan rusuhan. Semalam lagi dashyat, pemain pasukan Kelantan yang pernah bawa masalah tu telah menumbuk muka pemain lawan dari Nogori Sombilan. Tak cukup dengan itu, penonton pun turut merusuh. Tak puas hati dengan siapa, saya pun tak tahu. Dah kalah tu, sudahlah. Kenapa nak jadi gedebe. Habis semua harta benda nak dimusnahkan. Kenderaan polis pun dilaporkan telah dibakar oleh mereka yang tak bertanggungjawab ni.

Memang susahlah orang yang berkeluarga macam saya nak masuk semula ke stadium untuk menonton perlawanan bolasepak. Lebih baik tengok gusti. Lagi best. Gaduh takdak orang hentikan. Ini tak, kita datang nak tengok perlawanan bola, tapi yang dipersembahkan bukannya perlawanan bola yang menarik, tetapi aksi tendang menendang, sepak menyepak, kungfu mengkungfu, tumbuk menumbuk dan ludah meludah. Jelik rasanya nak biarkan anak-anak saya menonton aksi yang tak bermoral ni.

Saya sarankan kepada pemain yang suka sangat bergaduh dan pantang disentuh ini masuklah acara yang bersesuaian dengan mereka. Sertailah pertandingan tomoi ka, barulah buku bertemu ruas. Masa tu barulah dia tahu langit tinggi rendah. Ini tak, dalam perlawanan bolasepak pula dia nak tunjukkan ilmu panas baran dan memukul orang. Naya pemain lain yang tak panas baran dan tak pandai bertumbuk. Kalah la dia. Lebamlah kawan tu bila perlawanan habis.

Kalau tak pun pemain ini saya sarankan merantau ke Australia. Cubalah nasib bermain Australian Football. Baru boleh sepak orang, cakar orang, tarik orang dan humban orang. Memang sesuai untuk orang macam ni.

Membebel panjang pun tak guna kalau depa semua ni taknak berubah. Akhirnya biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya. Kita semua tengok sajalah. Kalau tak nak juga pekak telinga butakan mata. Habis cerita.

12 comments:

monces said...

hehehe
tu la pasai bos..
aduh..
malu..

tapi lwn kat nogori 9
saya pegi..
hehehe

olie_8 said...

aduyai..sedihnya bila tgk liga bola sepak negara kita..rasa mcm dh jatuh standard bola sepak Malaysia...nasibla masih ada lagi sukan lain yg menaikkan nama Malaysia

FoO dA fIrSt#1 said...

jaguh kampong berkokok dalam "lau" ja. tu pasai kita dok duduk kat situ ja tak pi mana.

ajoy87NF said...

Hebat sgt ke perlawan bola sepak negara kita sampai ada yg betul2 emosi sampai begitu skali?
Macam org kalah berjudi...
tepuk dada, tanya iman.
(bukan aiman!)
hihihi....

Lennyek said...

pmain di mlaysia ni kena pg kursus yg berkenaan dgn adap dan etika perlawanan..setakat tnjuk hebat mcm tu buat apa..main pon ntah ranking ke brape dunia..

kenapa nak main ikut emosi??bkan ke boleh fkir dngan waras ke kalo bt bnda2 yg xmndatangkan faedah tu..

mgkin pmain belom ckup ilmu didada..main utk negeri blom ckup utk tnjukan yg kita ni bagus..

fikir2kan lah...

myWAY said...

klateligans..(hooligan klantan..)
teringat kat 'keganasan' PERLU FC,
futsal...

GK smpi berdarah bibiaq..hahaha

myWAY said...
This comment has been removed by the author.
MR unknown said...

betul la tu..
baik suruh diorng tukar hame je la...
mungkin mereka lg bagus main tomoi drpd main bola....
hahaha...

yazilahyazir said...

Salam boss..
zaman sekarang ni, org dah takde sportmanship. Sebenarnya, org2 yg gaduh tu, diaorg amik kesempatan je. ramai2 boleh lah nak tunjuk lagak, cuba dia sorang2, mesti tak berani punya.

sname said...

semngat kenegerian
adess..

bila stadium penuh
mcm tu plak jadi..

Budak Bijak - 54L said...

violence in sport...teringat masa blajar bab ni dulu..
org yg tak abis berguru dlm sukan camtula jadinya..
sukan tu byk mngajar pkr yg baik2..
ganas camne pun sukan tu,tetap ada undang2nye..
setuju ngan shila..yg gaduh2 ni,nk tunjuk act' je lebih..

NaD said...

sbb tu bole sepak malaysia x maju