Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 14 April 2009

Penakut

Sebelum ni Kamil tak macam ni. Dia boleh ke tandas seorang diri. Dia boleh naik atas untuk ambil baju dalam almari. Dia boleh ke dapur seorang diri. Sekarang ini jangan haraplah asyik nak berkepit saja. Pantang takda orang lain depan mata terus dia jerit, "Di mana orang semua!".

Ini semua penangan menonton cerita hantu yang semakin banyak. Semenjak dua menjak ni rancak pula tayangan cerita hantu/seram. Alahai nasib... ditutup dia menjerit nak tengok. Bila diberi tengok hah berjawablah. Tak nak berpisah la pulak. Asyik mengekor saja ke hulu ke hilir dalam rumah. Takut-takut juga, mata ditutup dengan tangan tapi ada hati lagi nak tengok juga tu. Aduh.

Pernah sekali tu saya baru balik dari DEMC jam 4.30 pagi. Dia menjerit dari tingkat atas, tanya samada saya ada di bawah. Apabila dia pasti saya di bawah terus dia turun. Katanya, "Tadi abang mimpi ada hantu nak cekik abang". Tu dia dah terbawa sampai ke dalam mimpi la pula. Teruk dah ni. Mak dia kata dia nampak Kamil terperanjat sakan sebelum terbangun dari tidurnya. Bila saya naik ke atas Kamil siap boleh tunjuk lagi tempat yang dia kena cekik dengan 'hantu perempuan' tu. Tu dia.

Alahai sudah sudah lah dengan cerita hantu/seram. Cerita macam ni tak bawa kita ke mana. Mari kita boikot filem yang menakutkan bangsa. Melemahkan umat. Memanglah 'mereka' ada. Janganlah dok layan. Biarkan mereka dengan dunia mereka. Saya tak sanggup anak-anak saya terus menjadi penakut dek kerana tertengok cerita yang merapu ni. Oh tolong.

Bingkisan dari staf ASTRO pun ada di sini.

6 comments:

Budak Bijak - 54L said...

EN.Hisyam,
saya setuju sesangat kempen BOIKOT cite2 hantu ni...
anak saya Isyraf pn camtu gak..
ada skali sampai demam2 bila dia tgk iklan cite2 hantu ni..dia panggil 'momok'..skrg ni dia jadi penakut,x blh duduk sorang2 dalam gelap cam adik dia Hafiy..
sbb tula klu dia buat degil,saya akan ugut letak dia dlm bilik stor,penakut punye pasal dia dgr ckp..tapi Hafiy lain sikit,dia buat muke 'toye' je klu letak dlm bilik stor,xde prasaan la pulak..ish,ish..
saya siap pesan kat 'assistant' saya,klu ada iklan hantu jgn bg Isyraf tengok..coz dia x faham ape itu hantu @'momok'..yg dia tau muka buruk dan menakutkan.. itu yg bahaya utk anak2 kita ni.

sname said...

betol la boss...
aduhh..
jgn kata kamil..
org yag dah besau pun takut..

myWAY said...

abey mmg takut hantu..

sy tgk scene kamil muntah kat tapak tgn en.syam...

teringat lak cerita badang..
itu pon pengaruh tv gak tuh...
hehehe..

info;
jumaat sy jumper en.syam..
nak tunjuk progression..

MR unknown said...

hahaha...biasa la cik...budak2....kena kuat semangat la....

hijau bumi Tuhan... said...

kesian kamil, haha...


salam perjalanan...

Stoner said...

kih3...jom boikot cerita hantu dan hantu rokok~!!!!!