Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 7 May 2008

Cita-Cita dan Harapan

Ramai rakan-rakan yang bercita-cita untuk mewujudkan blog sendiri. Tetapi tidak mempunyai kesempatan untuk mempelajari selok belok berblog. Ada juga yang masih malu-malu untuk menonjolkan diri mereka kepada khalayak.

Saya dulu pun macam tu jugak. MALU. Namun berkat dorongan rakan seperti Amin Md Taff. Saya kuatkan juga semangat. Tak ada apa yang nak dimalukan.

Kini semakin ramai rakan saya yang sudah mempunyai blog sendiri. Antaranya Kak Anis, YB, Che Bad, Shahril (Aie), Rembang Waktu, Mubin dan terbaru Ali Kimek. Saya bertekad pada hujung tahun ini majoriti rakan-rakan di FSR akan mempunyai blog sendiri. Sebagai permulaan, kesemua pelajar yang mendaftar untuk subjek Rekreasi Luar pada semester hadapan perlu membina blog sendiri bagi menggantikan buku log. Mereka dikehendaki mencatatkan segala tugasan dan aktiviti mingguan untuk subjek tersebut di dalam blog masing-masing. Jadi lebih senanglah saya memantau.

Mewujudkan blog sendiri ini adalah sangat mudah. Kurang daripada lima minit. Tetapi untuk meneruskan kesinambungan penulisan di dalam bloglah perkara yang paling sukar.

Sebab itulah kita dapat lihat banyak blog yang telah diwujudkan kini telah terbiar, tersadai dan bersawang. Ini sangat merugikan. Blog yang sebenarnya boleh dijadikan wadah untuk menghubungkan sesama rakan telah dibiarkan begitu sahaja.

Bertitik tolak daripada situlah saya mengambil iktibar dan cuba mendisiplinkan diri untuk mencoretkan walau sebaris ayat untuk tatapan penjengok-penjengok sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seboleh-bolehnya setiap hari.

Anda bila lagi. Jangan tunggu lama-lama.

6 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Saya bersetuju dengan pendapat Boss tentang maintenance blog sendiri.
Ibarat nak adakan KENDURI memang senang tetapi nak KENDARA kan bukan sesuatu yang mudah.
Izinkan saya memberi cadangan untuk editor Di Kala Senggang, mungkin dapat list down dalam bentuk hyperlink senarai blog-blog yang dah sedia ada supaya akan memberi lebih inspirasi kepada orang lain termasuk student utk adakan blog sendiri.

Cheers....

hisyamchemat said...

Niat saya memang ada nak buat blogroll. Tunggu. Tak cukup korum lagi. Nak kena hasut lagi

Anonymous said...

tunggu kemunculannya dipawagam..... coming soon...

hisyamchemat said...

teamtact,
Bagus bagus

FoO dA fIrSt#1 said...

tapi tengah dok tunggu penjenguk-penjeguk tegar ni?
bila lagi?

peace!

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Untuk semua, nantikan kemunculan saya tidak lama lagi.
Memang gembaq dan mantap....

Cheers ...