Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 30 May 2008

Myvi Putih

Semalam saya bersarapan di sebuah stesen minyak di Batu Tiga. Berhenti sebentar mengisi tangki sebelum menghantar Liza ke MSN Bukit Jalil. Liza perlu menghadiri Peperiksaan Tahap Kecekapan di situ. Peperiksaan bermula jam 9.00 pagi.

Selepas bersarapan saya perhatikan jam dah menunjukkan angka 8.30 pagi. Kata saya: "Cepat sayang, nanti lewat... jalan depan tu tak tau macam mana lagi".

Keluar dari kedai kat stesen minyak tu terus saya tekan alat penggera kereta. Terus masuk dalam Myvi. Campak suratkhabar yang dibeli ke tempat duduk belakang. Dalam hati saya berkata: "Eh... kenapa Liza ni tak masuk masuk. Orang nak cepat ni". Ini yang buat angin satu badan ni. Orang nak cepat dia boleh sengih-sengih pulak.

Tiba-tiba sesuatu yang ganjil saya lihat berada dalam kereta Myvi tersebut. Aik, bila masa pulak dalam kereta Myvi Liza ada patung Budha. Aduh kantoi la pulak. Rupa-rupanya dah silap masuk kereta. Eloklah Liza tersengih sakan. Termasuk ke dalam kereta sebelah. Tadi kereta ini tak ada. Baru masuk parking la pulak. Dah kantoi. Nak cepat punya pasal.

Saya tengok kat dalam kedai tu. Rupanya ramai yang dah perasan dan tengok. Tuan punya kereta, seorang lelaki Tionghua pula saya lihat tergamam kat muka pintu kedai tengok saya masuk dan keluar dari kereta dia.

Orang ramai dalam kedai tu semua tersengih dan ada yang dah ketawa kecil. Aduh... apalah malapetaka hari ni. Malunya aku.

Terus saya keluar dari Myvi putih tadi dan menuju ke Myvi Liza di sebelah dengan muka selamba. Dalam kereta jenuh Liza ketawakan saya. Sampai termuntah-muntah.

8 comments:

Anonymous said...

memang lawak....saya baca kat kedai khulafah ni pun ketawa sorang2....

hisyamchemat said...

teamtact,
Jaga-jaga takut orang sebelah kata hang sasau, gelak sorang-sorang. hehehe

Anonymous said...

cerita ke-2 yg saya dengar. member saya pun mcm ni dulu. masuk kereta tgk sebelah bukan husband dia. nasib baik x kena bw lari....

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Ini orang kata la, bukan saya yang kata......Jangan percaya sangat.
Selalunya kalau macam nie nak dapat something GOOD
Ha Ha Ha ........

Tapi nasib baik lelaki Cina tersebut tak bawak Boss ke mana2, kalau tak Kak Liza nak pi ambik exam macam mana yaaaaa......

Ibarat kata Kamilia - SUPRISE !!!

Cheers ....

Anonymous said...

Sebelum ni saya ada gak dengar tragedi menyayat hati camni... Tak sangka tragedi menyayat hati ni bleh kena plak kat Boss... x pasal2 saya tergelak bila imaginasi pasal tragedi tu masuk dlm kepala...

FoO dA fIrSt#1 said...

PERKARA PALING LAWAK YANG PERNAH SAYA TAU PASAL BOS. NASIB BAIK TAK START TERUS BAWAK. KALAU TAK MESTI JENOH KAK LIZA NGAN CINA TUH LIGAN...
HAHAHAHAHAAAA..... LENGUH PIPI GELAK.....

hisyamchemat said...

Saya pun manusia juga... asyik cerita misteri ja. Kali ni kita tukar pulak ke cerita lucu. Barulah hidup penuh dengan warna warni.

Anonymous said...

alamak...hahaha..da la tngah angin..tbe2 slah masuk kereta..nk marah pon xjad..kalo salah bka pintu kereta pnah la jd kat saya..tp kalo smpai duduk lam keta lain...xpnah lg..huhuuuu...pngalaman manis tu en.syam...