Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 10 July 2008

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Allah tahu yang terbaik untuk hambaNYA
Oleh itu kenapa kita perlu merungut atau tidak puashati

Kita selalu inginkan mentari muncul
Tetapi Allah menurunkan hujan
Kita seringkali inginkan ketawa ria
Tetapi sedarkah kita ianya akan merosakkan hati kita
Sekiranya kita tidak menitiskan airmata

Seringkali kita diuji dengan kesakitan dan kesedihan oleh Allah s.w.t
Ia bukanlah tujuan Allah s.w.t untuk menghukum kita
Tetapi ianya untuk membantu kita terus berjuang menghadapi hari muka

Ibaratkan diri kita umpama pokok yang terus subur menghijau
dapat terus bertahan biarpun selepas ribut menghentam

Seringkali jika Allah menguji kita
dan dengan setiap kesakitan
Dikurniakan oleh Nya kita kesabaran dan manfaat
Jadi sekiranya kita merasakan ada perkara yang tidak mengikut apa yang kita hajati
Sedarilah itu cara Allah S.w.t. untuk menjadikan iman kita lebih teguh

8 comments:

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam h'cmat,

benar dan tepat.....


tq

zainal said...

SALAM...

Allah hnya akan menguji setiap umatnya dengan ujian yang mampu di hadapai dengan panduanNya. ketahuilah oleh mu bahawa Allah tidak akan menghantar ujian yang tak mampu ditanggung oleh umatnya. Orang hebat cabarannya hebat. Contohnya aku selalu jumpa kes Tok Imam akan diuji dengan ujian salah seorang anaknya akan melakukan perkara yg bertentangan dengan ajarannya. Tak percaya cuba tengok anak-anak Tok Imam kampung ko....Anak luar nikah yang dilahirkan di bawah jambatan atau di dalam tandas tidak pernah tidak sempurna sifatnya dan dilahirkan dengan selamat serta mudah. Tak payah bidan atau doktor. Ada satu kes last year kat Cheras kot, baby kena buang kat padang...org jumpa baby tu selepas satu hari. ada anjing keliling baby tu...org ingat anjing tu akan gigit baby tu, tapi sebenarnya anjing tu yg jaga semalaman....

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hcmat,


info info PPT THE JEDI, dah menulis diruangan blog nya....

harap maklum dan mengambil tindakan segera....

adios,tq roger n out

hisyamchemat said...

Ya ka? Takpa... siasatan akan dijalankan.

Anonymous said...

Saya dah lama tahu... Tapi PPT suruh senyap. Jangan pecah lubang...

PPT said...

Biar pecah diperut, Jangan pecah dimulut. Itu ungkapan dahulu kala.
Boot, rahsia PPT terpecah dengan sendirinya......

hisyamchemat said...

Bukan apa PPT, sekarang ni terlampau sibuk. Tak sempat nak menyiasat. Nasib baik ada sahabat yang prihatin. Terima kasih Boot. Bertambahlah seorang lagi rakan taulan blogawan HiCMAt

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

Salam...Hcmat,

PPT>>>Benda yang baik tak patut dirahsiakan...aku tak bukak mulut ..hanya menaip je...tak best tengok nama PPT tak disenaraikan..kat laman H'cmat...hehe

Hicmat>>> Sama - sama kasih

Pendidik maya,
adios