Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 28 July 2008

Apa Salahnya...

Membaca blog Che' Puan Aishah dan Che' Rafsan membolehkan sesiapa sahaja pun yang normal akan menyirap darahnya. Kedua-duanya berkisar tentang pelajar FSR yang kurang sopan.

Bagaimana mengawal diri supaya tidak kurang ajar? Caranya mudah sahaja. Buang keegoaan dalam diri. Hormati mereka yang lebih dewasa dan berilmu. Yang lebih penting juga hormati sesama insan. Apabila dah terkeluar daripada seorang yang terpelajar perkataan 3B seperti b*d*h, b*b* dan b**g**g kepada individu lain (terutama yang lebih dewasa), maka jatuhlah martabatnya sebagai pelajar.

Kawal la sikit kemarahan tu. Sabar, bro. Jangan ingat kita sahaja yang kuat dan 'terror' di mukabumi yang fana ini. Tak ke mana kita. Kalau Allah swt ingini, sekejap sahaja boleh ditariknya akan nikmat yang telah diberikan. Tidak salah untuk kita menjadi resmi padi, Makin tunduk, makin berisi.

Diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi. Jagalah maruah sebagai orang yang terpelajar. Kurangkanlah nafsu amarah. Aman Dunia.

7 comments:

Apize said...

Askum boss..
saya pun rasa malu dengan junior saya yang berperangai cengini...saya x la baik orgnyer tapi x ler kurang ajar..rasa diri tu hebat sgt?tua muda, miskin kaya xder bezanyer..semua manusia adalah sama...buangkan ego & jgn menunjuk2,tuhan akan balas suatu hari nanti.Fikir2kan lah...

hisyamchemat said...

Takpa Apize,
Itulah tugas guru. Untuk mendidik

mursyidi mohd diah said...

marah (ghadab) datangnya dari hati yang kurang zikrullah..bykkan la zikrullah walaupun dgn Subhanallah wa bihamdihi kerana zikir itu makanan (semaian) wat hati (Ala bizikrillah tatmainnul qulub)

funkiezpuppet said...

yup btol tu...
mgkin sy terasa dengan perkara niyh....
tapi btol ape yang encik katakan... mgakin kami yang masih muda sering inginkan kelainan..
mmg antara kami niyh sume kepala gile2... emmm....
-loqo- onizuone.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Rekreasi....

Mungkin betul kata loqo..... Kelainan.....tapi biar la kelainan yang di cari itu kelainan yang baik..... ternampak juga saya tentang kepala gila dlam class loqo.... tapi mungkin mereka tak pernah ternampak atau terdengar tentang kepala gila empunya blog ni....

P/s;- semua orang ada kepala gila... tapi itu tak membuktikan apa-apa melainkan mereka itu gila..

sname said...

hehe
kepala gila2?
ramai lagi yg mcm tuh malah lebih..
xpa..
=)
emo kot..

Anonymous said...

salam boss..

Imam Syafie ada menegaskan, "marah adalah satu antara panah syaitan yang mengandungi racun, oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."
"Rupa ketika marah adalah lebih buruk daripada perlakuan haiwan"

kekadang tu, saya sendiri pun tak bole nak kawal marah, tp bile teringat apa yg Imam syafie tegaskan, rasa malu pulak kat diri sendiri..

cheers