Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 25 July 2008

Baik Punya

Liza berkursus selama tiga hari. Selama tiga hari jugalah dia tidak pulang ke rumah. Jadi, sayalah yang bertugas dari A sampai Z untuk menyiapkan segala yang termampu untuk melayani kerenah kedua beradik itu.

Hari ini apabila Liza dah tamat kursus, saya pula yang akan keluar untuk amali perkhemahan di Bukit Cherakah selama tiga hari. Hanya komunikasi melalui telefon sahaja yang mampu kami lakukan untuk menghubungkan ahli keluarga yang terpisah buat sementara akibat kekangan tugas. Mungkin dengan izin Allah kami akan dapat bersama-sama berkumpul di Bukit Cherakah pada hari minggu ini.

Jadi sekiranya anda juga berkesempatan, jemputlah ke Bukit Cherakah. Nikmatilah keindahan dan kehijauan satu-satunya hutan yang masih wujud di pinggir bandaraya Shah Alam. Kalau ada rezeki mungkin pulut durian menanti.

6 comments:

PPT said...

Tu diaaaa...........
Kibasan dan libasan untuk party pulut durian macam akan jadi aje minggu nie. takpa Boss insyaALLAH John ke sapa ke boleh sediakan.

Good Luck to Boss and Stay Tuned.

Cheers.....

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

good luck bro

hisyamchemat said...

Boot, datang la kalau ada kelapangan. Bawa keluarga sekali.

PPT said...

Boot,
Kalau mai jangan lupa D24 10 biji aja. Tak banyak pun.....

Cheers........

PPT said...

Boot,
Kalau mai jangan lupa D24 10 biji aja. Tak banyak pun.....

Cheers........

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat dan ppt,

terima kasih atas jemputan...aku ada program bina insan di ulu yam,insyaallah lain kali mungkin dapat datang...
tq