Jalan masuk ke UiTM sesak teruk. Hari pertama kuliah la katakan. Mungkin ramai yang sudah menanam azam baru. Semester ini lebih baik dari sebelumnya.
Di dalam kesibukan menguruskan pelajar Diploma Pengajian Sukan, saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek wajib Outdoor Recreation untuk pelajar diploma. Selain daripada itu saya mengajar dua subjek baru iaitu Leisure and Disabilities dan subjek Park Planning Management untuk pelajar ijazah pertama. Biarpun kedua-duanya subjek baru, namun minat yang mendalam dalam kedua-dua subjek ini menambahkan lagi keterujaan saya untuk mendalami kedua-dua bidang ini. Saya juga telah diamanahkan menyelia 3 orang pelajar undergraduate untuk thesis mereka.
Pagi ini saya berpesan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar subjek Leisure and Disabilities yang hadir ke kuliah pertama saya supaya menjadikan subjek ini sebagai permulaan untuk mereka menjalankan kajian untuk Orang Kurang Upaya. Ini kerana penglibatan OKU dalam aktiviti luar kurang diberi perhatian untuk dibuat penyelidikan. Semester ini mereka akan banyak membuat artikel reviews/critiques . Ini sebagai mempersiapkan diri mereka ke alam penyelidikan.
6 comments:
Terkenang suasana dan pengalaman pada hari pertama kelas bermula. Tapi, semua itu hanya tinggal kenangan setelah bekerja. Pada hari ini juga adalah hari pertama semester baru bagi pelajar di INSTEDT. Saya pula ditugaskan untuk menasihatkan pelajar Diploma Pengajian Sukan (DPS) tentang pelan pengajian mereka di sini. Dapat juga saya merasai pengalaman membuat urusan subjek dengan bakal pelajar saya yang rata-ratanya masih tidak mengenali saya. Esok bermula lah hari pertama saya mengajar subjek Sociology in Sport. Bagaimana lah agaknya. Harap semua berjalan lancar dengan berkat doa dari keluarga, pensyarah dan rakan-rakan..
Amin...
Salam Boss,
Cadangan untuk kaki2 feeling nie, boleh lah belajar buat blog sendiri dan luahkan segalanya dari dalam perut untuk tatapan umum.
Mungkin Boss kena buat kelas 'segera' macam hari tu.
Rasa macam kat library membaca bahagian cerpen dan penglipur lara.
Cheers ....
setiap org ade pandangan masing2..aper yg mereka nk buat atau tulis..kt maner dorang nk tulis 2 pon hak masing2 jgk..xperlu risau..sbb sume bende 2 xde kne mengene dgn kite pn..ini pon bkn blog kite nk sekat2 hak org kn?!kdg kale kite ni kne pk..xslamenyer kite ddk di atas..kdg2 kne jgk pandang ke bwh..sbb mgkn 1 hari nt kte pon akan berada dibawah..igt lah..mase sentiase beredar..dulu xsame mcm skrg..mgkn dulu kite bsr..tp skrg mgkn kite same.. -"outdoor is sharing"-
Kalau 'Outdoor is Sharing', tak yah nak bermadah-madah macam penglipur lara pulak.
Kalau nak letak istilah terkenang, betul jugak manusia yang komen di atas tu, buat la blog sendiri kan.
Betul jugak cadangan PPT tu, bila ada blog sendiri ok la jugak.
Ahli Senasib
ya..PPT mmg sentiasa btl & sentiasa di pihak yg benar..
-insan terbuang-
Mohon maaf kepada PPT dan En. Syam kerana terfeeling dalam blog orang lain. InsyaAllah, di kelapangan yang lain saya akan wujudkan blog sendiri.
-ust-
Post a Comment