Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 22 July 2008

Maaf dan Beri Peluang

Bukan senang kita hendak memaafkan seseorang kan?

Kejadian semalam memang menduga kesabaran saya. Seorang pelajar 'lari' keluar daripada kuliah saya. Tidak dimaklumkan ke mana dia nak pergi. Tuptup hilang begitu saja. Macamanalah nak berkat ilmu tu.

Sebelum kuliah tamat saya tanyakan kepada ahli kelas yang lain, ke mana menghilangnya rakan mereka tadi. Tiada jawapan yang pasti. Menyirap darah muda saya. Tidak reti hormat majlis langsung. Kuliah belum tamat dah cabut. Saya meninggalkan pesan kepada ahli kelas yang lain meminta pelajar terbabit berjumpa saya keesokan harinya (hari ini).

Panas saya menjadi reda apabila terbaca artikel berkaitan maaf dan beri peluang. Itu pun secara tidak sengaja ketika membelek majalah yang Liza beli sebelum melelapkan mata malam semalam. Maka sejuklah saya.

Terus datang ilham. Apa salahnya saya memaafkan pelajar terbabit dan beri peluang kedua kepadanya kan.

10 comments:

PPT said...

Salam Boss,
Mungkin junior tersebut perlukan maklumat dan informasi yang apa dibuat itu salah.
Mungkin dia ter 'fault start' kot..

Cheers...

sname said...

bahya fault start tuh..
=)

Anonymous said...

Salam,
sekiranya pelajar terbabit terbaca komen ini,saya cadangkan supaya berjumpa dengan En. Hisyam dan meminta maaf..... walaupun beliau dah sedia untuk bagi peluang kedua... perbuatan pelajar tersebut masih boleh dianggap "kuang ajaq"

P/S; mungkin sebab bos dah banyak berubah.... student ambik kesempatan...

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

Salam hicmat,

bagi dia peluang memberikan alasan..disiplin????no kompromi,kalu kurang ajar boleh le diajar...ini dah kes biadap???no respect pada guru...jawapannya???tak pa ...jumpa dulu dengar ..apa citer???ini satu budaya sick up(kepala atas ada sakit)yang tak sihat...perlu dirawati segera..

hisyamchemat said...

Teamtact & Boot,
Pelajar terbabit dah datang jumpa saya. Saya dah maafkan.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

alhamdulillah moga bangsa kita tak tersesat akal lagi amin..

Anonymous said...

aslmkm....
sape yg tak pernah buat salah dalam dunia ni???
kita pon penah buat salah tapi kadang2 kita wat tak tau @ saje takmau amek tau dah...
kadand2 peluang kedua boleh buat s`sorg tok berubah... :p

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam freehours,

Yup ada benarnya...peluang kedua mungkin menjadi titik perubahan kepada seseorang..insyaallah

Anonymous said...

sememangnya betul ape yang encik bwat...
beri peluang kedua...
tapi kita kne tgk mcm mane keadaannya...
belum pasti seseorg akan berubah setelah diberi peluang kedua...
ada baiknya encik berjumpa dengan individu berkenaan..
bertanyakan apakah masalah dia...
mungkin dia patut diberikan hukuman setimpal...
mase inilah encik harus mendidik orang lain supaya menjadi 'orang' pada masa akan dtg...

teamtact said...

salam..
saya setuju dan yakin apa yang bos buat..... harap2 student tu blajar dari kesilapan....