Siapa kata ianya satu penderaan?
Saya merasakan orientasi mempunyai banyak baik daripada buruknya. Yang penting cara pembawakannya. Jangan melebihi had yang dibenarkan.
Daripada minggu orientasi di universiti inilah pelajar baru lebih mengenali universiti, fakulti, kolej kediaman, staf, pelajar senior dan sesama rakan. Semangat sayangkan universiti akan tertumpah daripada minggu orientasi ini.
Saya telah melalui minggu orientasi yang pertama di universiti pada tahun 1992. Ianya bermula di peringkat universiti. Kemudiannya disambung pula di peringkat kolej kediaman. Acara penamatnya adalah di peringkat blok iaitu memfokuskan di peringkat floor.
Floor saya telah berjaya melahirkan ramai pemimpin di peringkat universiti, fakulti dan kolej kediaman. Mereka menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.
Saudara Thuairi, Din JB, Mozeck, Sham Boya, Mat Gym, Cha'a, Chikenit, Bang Usop, Tunggal, Azmi dan ramai lagi merupakan senior yang mendera kami di hari orientasi floor. Tapi kami pelajar-pelajar junior tidak pernah berdendam.
Setelah berakhirnya minggu orientasi, hubungan antara kami menjadi begitu rapat. Apabila ada acara sukan yang melibatkan Kolej Kediaman ke-4 seperti sofbol, bolasepak dan takraw berlangsung, penyokong dari floor ERA, blok Murni akan turun beramai-ramai memberikan sokongan. Begitulah sepakat dan akrabnya kami senior dan junior.
Dari minggu orientasi di peringkat floor jugalah terhasilnya nama-nama timangan pada rakan-rakan seangkatan saya seperti: Pekok, Boyot, Ketek, Gaban, Mangkuk, Ron Jeremy, Labi dan ramai lagi. Saya sendiri digelar Ungkal dan nama masih lekat hingga ke hari ini di kalangan rakan-rakan lama dari Kolej Kediaman Keempat, UPM.
6 comments:
salam...
woooh...jeles, jeles aku masa tu tengok betapa hebatnya senior dan junior sedondong je pakai baju...ERA...memang hebat jadinya kalau pembawakan orientasi itu dengan cara yang betul ....disitulah bermulanya kader kader dilatih untuk menjadi pemimpin pelapis..
p/s kalau senior kenal dirinya,junior pula akan menghormati...
yang melihat ketika ERA hebat Kolej KE4..thats the best moment yeah...tq 4 the swit memories
bila fsr nak buat cmtuh?
MESRA PELAJAR. SEGALANYA MESRA
Salam,
Macam mana sejarah dinamakan Ungkal?
Boss penah cerita kat saya dan mungkin orang lain nak tau jugak kot...
Cheers .....
Ungkal..
Nak tahu gak sejarahnya boss..
Story ckt.:)
Ungkal..
Nak tahu gak sejarahnya boss..
Story ckt.:)
Post a Comment