Kalau diikutkan percaturan awal saya, pada semester ini akan muncul hampir 30 blogawan baru. Kesemua mereka adalah siswa/i yang mendaftar untuk subjek Rekreasi Luar. Namun sehingga kini masih ramai daripada mereka ini yang belum mengemaskini blog masing-masing. Kesemua blog mereka masih sama seperti hari pertama dibuat kelas khas.
Nawaitu saya mudah sahaja. Saya ingin membudayakan penulisan dan minda kreatif dan kritis di kalangan pelajar saya. Terutama sekali pelajar Rekreasi Luar. Banyak pengalaman yang akan mereka timba pada semester ini. Mereka ini 'orang sukan'. Pengalaman mereka hanya dengan sukan dan kehidupan masing-masing sahaja.
Dengan peluang terlibat dalam rekreasi luar yang merupakan pengalaman baru dalam kehidupan mereka ini, maka memang sepatutnyalah mereka mengisi blog mereka dengan pengalaman yang mungkin tidak pernah mereka tempuhi selama ini.
Sama-samalah kita tunggu ya. Kalau tak boleh secara sukarela maka konsep paksarela perlu digunakan. Apa salahnya untuk kebaikan kan.
10 comments:
tidak ada yang salah dengan konsep paksa rela.... pembabitan saya dalam rekreasi juga bermula dgn konsep itu.....
hidup bloggers.....
Mungkin pelajar-pelajar ni tak tahu nak update atau busy kot. Aishah pun guna projek kelas buat blog dan pelajar kena gunakan blog tersebut untuk berkongsi berita yg mereka baca terutama perkembangan sukan.. Nak biasakan pelajar ni menulis.. mana tahu jadi reporter satu hari nanti.. so kenala banyak membaca melalui sekarang
salam hicmat..
kalau sukarela tak jadi paksa relakannya, teringat aku pada Pakar motivasi dan saikologi...sifu aku Prof.Madya Dr.Azhari telah mewajibkan studentnya untuk menulis Reaction paper, setiap minggu mesti satu paper dihantar ...tajuk mengenai apa saje...kesannya sampai sekarang aku masih ingat pelajaran yang disampaikannya...releven sungguh..
sayang kalau x digunakan peluang ini.
salam......
bukan kiteorg xnk buat tp...........
kiteorg ade mlh.....
antaranye....
wireless kat kolej sush nk dpt.....
pastu kebnyakn kami tak bape reti buat blog nie......
mcm saya......
just akn edit blog time blik umah.....
agi pown kbnykn kmi tgh sebuk ngn 1st camping.......
kami mintak maaf sgt5........
bukan xbuat tapi dah byk kali hantar pun xsmpi2 gak..hehe..
saya dah siap tapi tak reti nak reti nak hantar kat cik syam....
maafkan saya cik syammmm....
harap2 komen nie la cara yang dapat saya hantar.... harie nie hampir berjaya dapatkan pengankutan... ingat pakai baju kemeja hari nie nak jmuper tnc ... insyallah rezeki tak kemana..... oh Final Camp..... huhuhuhuu
nice post
ST3TELKOM
Post a Comment