Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 21 July 2008

Serampang Dua Mata

Alhamdulillah semua staf FSR dah selamat berbengkel selama tiga hari di Hotel UiTM Dungun.

Selain daripada sibuk dengan penyediaan kertas soalan, rupa-rupanya ada sesuatu yang tersirat berlaku secara tidak dijangka. UiTM Dungun telah menjadi saksi bagaimana silaturrahim yang sedia wujud di kalangan staf akademik menjadi lebih utuh. Kehadiran hampir semua staf akademik menjadikan perhimpunan ini penuh makna. Masa yang terluang digunakan sepenuhnya untuk bermesra dan berkongsi pendapat. Perkara ini jarang berlaku di fakulti kerana semuanya sibuk dengan tugas masing-masing.

Dr Kwame (pensyarah yang berasal dari Ghana) menjadi begitu teruja dengan bengkel kali ini dan beliau cuba menggunakan bahasa Melayu di dalam perbualan beliau. Sudah tentu ayat yang dikeluarkan dari mulut beliau melucukan kami semua. Kami pula yang terbalik. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan.

Ramai di kalangan kakitangan akademik bersetuju sekiranya saya katakan semangat sepasukan di kalangan rakan-rakan juga meningkat dengan mendadak. Hasil dari bengkel ini. Semuanya sedia membantu. Ada sesetengah tidak perlu dipanggil untuk membantu. Saya adalah antara orang yang terlalu mengharapkan bantuan. Saya selaku Ketua Program Diploma perlu mengumpul dan membuat semakan terakhir untuk kesemua kertas soalan yang disediakan oleh para staf akademik dari tiga kampus. Mengikut pekeliling Lembaga Peperiksaan UiTM yang terkini, setiap subjek perlu menyediakan lima set soalan. Fokusnya pula kepada diploma yang mempunyai lebih daripada seorang pensyarah (sebab ada tiga kampus). Wow, banyaknya. Sebelum ini satu subjek cuma dua set sahaja. Maka bahagian sayalah yang paling banyak. Kalau tiada pertolongan daripada kawan semua sudah tentu kerja selama tiga hari tersebut tidak akan selesai.

Terima kasih juga kepada kakitangan pentadbiran yang hadir membantu. Antaranya Marzura (Penolong Pendaftar Akademik), Sharifah (EO Akademik), Kak Faezah, Kak Puziah, Narang dan Amy yang banyak membantu melicinkan perjalanan bengkel kali ini. Jasa mereka dalam menyiapkan hasilan terakhir kertas-kertas soalan sangat-sangat saya hargai. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Pengalaman mengisi 'tangki' juga tidak saya lupakan. Dalam tiga hari tersebut macam-macam yang masuk ke mulut saya. Satar, otak-otak, pais, keropok lekor, keropok, durian, budu, laksa, ketupat, nasi minyak, nasi dagang dan macam-macam lagi. Kesudahannya di hari kedua saya terpaksa dikejarkan ke klinik oleh saudara Amrie. Mungkin sebab terlebih makan kot.





9 comments:

sname said...
This comment has been removed by the author.
sname said...

banyak sangat tu bos..
tapi mesti seronot...
=)

hisyamchemat said...

Abe,
Seronok dan meletihkan.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

kije makan kije makan....seronoknya..........masuk hospital???

take care bro..

teamtact said...

salam...
sambil menyelam minum air.... diasamping sibuk dengan penyediaan kertas soalan, hubungan pun bertambah erat.... itulah yang cuba diterapkan didalam persatuan... semoga dengan adanya aktiviti rehreasi, perhubungan akan bertambah erat dikalangan ahli sekaligus mencipta proses komunikasi yang lebih baik....

salam...

Anonymous said...

Ape benda plak 'rehreasi' tu teamtact? Word baru plak ke?

Anonymous said...

wow...bestnye g tranung..rindunyer nak balik kg ni.lame doh tok makang otok-otok, satar...heee...kalau saya di tranung ni bleh bos g kebun durian saya.abah bagitau durian dah masak skang..kat sabah bau durian pun tadok...ada lagi rupanya mr kwame..ingat lagi masa dlm kelas dlu..dia selalu panggil saya ema sachicak..(ema syamsyida)kalau datang lambat je mesti kena denda.."FACE THE WALL"terpaksa lah berdiri ngadap dinding kt depan kelas..i miss UITM n PERLU

Anonymous said...

Face the wall... Sekali sama la pulak denda yang saya kena dgn Prof Kwame...

Anonymous said...

iee deman durian. teringat kisah dalam bas uitm yang penuh dengan bau bom atom durian macam bon atom hiroshima oppp hisyam..hisyam cepat suruh berhenti dekat R & R. kejap lagi 5km ke gampang opp gambang jawab hisyam. sampai sahaja berkeliaran lari cari toilet. kenangn manis makan durian. ada yang maintain tak nak makan durian takut bon atom meletup tapi bau nya dah pening ......durian durian raja buah