Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 23 July 2008

Serba Salah

Semester ini saya dah rasakan penangannya. Pelajar datang berjumpa keranan inginkan pelepasan kuliah. Jadi ketua programlah individu yang dijumpa untuk menyokong keinginan mereka. Kononnya hendak mewakili organisasi tertentu. Jadi sebelum mereka di'haram'kan daripada menduduki peperiksaan akhir kerana kehadiran ke kuliah yang tidak memberangsangkan, maka mereka memohon pelepasan. Play safe kata orang. Bijak...bijak.

Kepada pelajar-pelajar diploma khasnya, ingin saya ingatkan di sini. Kehadiran anda ke UiTM adalah untuk menuntut ilmu. Maka gunakanlah peluang berada di IPT ini untuk berjuang untuk mendapatkan segulung diploma. Kokurikulum juga tidak saya nafikan sebagai penting. Pandai-pandailah membahagikan masa di antara kuliah dan aktiviti kokurikulum anda. Kalau berjaya biarlah berjaya kedua-duanya.

Kalau dah gagal dalam pengajian tiada siapa yang boleh membantu lagi. Tinggallah anda seorang diri meratapi kegagalan ketika diberi peluang dahulu.

2 comments:

sname said...

betui tu..
tingal sowang2..
saya pun hampir2 gak..
=)

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

jangan dicuba kalau kail barang sejengkal....peluang yang ada gunakanlah dengan bijak ....jgn berpoya2x kelak tertinggal,terus hilang dibumi yang nyata...


salam waras pak