Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 9 July 2008

Zalimkah Saya?

"Encik tak adillah bagi markah outdoor. Ramai kawan-kawan batch saya yang tak puas hati. Mereka dah buat kerja teruk masa kem, tapi carry mark yang encik pamerkan rendah ja... markah mereka. Ada yang kata buat penat ja panjat pasang lampu dan gantung khemah pusat, tapi markah rendah", komen seorang pelajar dengan berani ketika datang ke bilik saya. Dengan tenang saya menjawab, "Bukan saya seorang yang menilai kem tu. Saya juga dapatkan maklumbalas daripada pensyarah pengiring dan para fasilitator. Bukan penglibatan semasa kem sahaja dinilai, penilaian juga berdasarkan ujian dan logbook".

Bukan saya sengaja hendak membela diri, tetapi saya telah cuba untuk menilai seadil mungkin. Saya sedar saya juga akan diadili di akhirat kelak. Sebab itulah saya juga sering berpesan kepada para fasilitator dan pensyarah pengiring yang membantu penilaian sesuatu amali bahawa penilaian mereka memainkan peranan yang penting. Memberi kesan yang amat besar. Jangan dinilai pelajar sesuka hati atau hentam keromo sahaja. Penilaian ini sangat penting untuk masa depan pelajar-pelajar yang dinilai. Bukan senang untuk menilai sesuatu yang subjektif. Penilaian tentang sikap, kreatitiviti, disiplin, kerjasama kerja berkumpulan dan kepimpinan seseorang pelajar menjadi senang sekiranya kita berusaha menjadi pemerhati yang baik. Kalau fasilitator hanya syok sendiri (SS) sahaja dengan amanah yang diberikan maka berlakulah kelemahan di dalam penilaian.

Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri, rakan-rakan dan bakal-bakal fasilitator supaya berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri menjadi penilai yang baik. Kalau tidak, orang yang dinilai akan sentiasa membawa mulut mengatakan dirinya 'dizalimi'. Jadillah seorang yang jujur dan beramanah ketika menilai. Supaya kita tidak menzalimi rakan-rakan kita yang memerlukan keadilan di dalam penilaian.

Kepada yang dinilai pula, berlaku jujurlah di dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan melakukan sesuatu hanya untuk markah semata-mata. Pastikan nawaitu anda ikhlas melakukan sesuatu untuk ilmu dan pengalaman. Ganjarannya akan datang kemudian. Sesungguhnya ilmu kalau tidak diamalkan akan hilang begitu sahaja.


Nota HiCMat: Saya seringkali mengamalkan pembacaan Doa Nabi Yunus a.s. ketika baginda berada di dalam perut ikan paus. Baginda berdoa di dalam kegelapan perut ikan paus itu: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim."

4 comments:

PPT said...

Salam Boss,
Takpa asalkan kita buat kerja dengan ikhlas dan jujur, kalau tak diakhirat nanti kita yang kena berjawab.
Mungkin Junior FSR yang tanya Boss tu patut tahu pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh para fasilitator contohnya dari zaman Batch Talang hingga sekarang. Mungkin jugak Junior FSR tu patut tahu macam mana ada alumni yang sanggup ambik cuti, ada yang cuti gaji dipotong sanggup bersama-sama memberi ilmu semasa sesi amali.

Bagaimana pula dengan balasan pengorbanan depa nie? Alumni-alumni pun tak penah mengharapkan apa apa balasan cuma yang diharapkan ucapan Terima Kasih dari Junior kepada Senior depa.

Cheers....

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam h'cmat

Sebagai pelajar tanggungjawabnya belajar...sebagai guru tanggungjawab nya mengajar dan menilai...ilmu tidak datang bergolek tanpa amalan yang betul...tiada kompromi persoalan gred kerana ia sentiasa ada dibuat penilaian dalam satu semester...kalau dah dapat gred rendah...itu bukannya persoalan guru..kerana itu adalah hasil@akibat daripada apa yang pelajar itu lakukan sepanjang semester...tepuk dada tanya diri sendiri...apakah aku layak untuk meminta yang lebih daripada apa yang aku telah lakukan?????

p/s berfikiran Gred A,tindakan gred A ...dah tentu hasilnya gred A.....tiada KOMPROMI untuk alasan sebaliknya sendiri mau ingat...kay tq

sname said...

saya sokong..
nawaitu tu yang penting..

Anonymous said...

sbb 2 la pentingnye oerientasi..
yg penting mereka tau tujuan subjek outdoor diadakan..bkn stakat utk penuhkn transkrip tp keperibadian pelajar produk FSR UiTM.