Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 8 September 2008

7

Saya terkenangkan kira-kira tujuh tahun yang lalu pernah berlaku peristiwa penting di dalam kehidupan saya dan isteri. Peristiwa di mana saya dan Liza telah diijabkabulkan. Ianya berlaku di Masjid Kg Gelam dengan dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat handai. Ianya diwalikan oleh Ustaz Johan, Imam masjid tersebut.

Gementar ketika tangan digenggam oleh Tok Kadi bertugas ketika majlis akad nikah. Mulut terkumat-kamit membaca al-Fatihah dan Ayatul Kursi. Sedih kerana mak dan abah tidak dapat menyaksikan hari bahagia anakanda mereka. Nasib baik Baba ada duduk di sebelah. Jadi takut pun hilanglah sikit.

Tok Kadi menduga saya dengan meminta saya membaca surah al-Fatihah, alhamdulillah saya lulus dengan cemerlang. Seterusnya majlis akad nikah bermula. Norliza Ali Wee sah menjadi milik saya dengan sekali lafaz.

Satu lagi peristiwa besar yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya turut berlaku. Imam meminta saya membaca lafaz taklik dalam tulisan jawi. Aduh... malunya aku. Kali terakhir saya membaca buku atau tulisan Jawi adalah ketika darjah 4. Ingat lagi, masa tu abah yang ajar. Terus saya mengaku, "Maaf Ustaz, dah lama saya tak baca tulisan Jawi, bacaan saya dah tak lancar". Nasib baik Tok Kadi jenis yang sporting. Dibantunya saya melafazkan taklik sampailah habis. Saya malu sampai kesudah.

Saya pun tak pasti apa yang patut saya ucapkan untuk meraikan Ulangtahun Perkahwianan yang ke-7 ini. Namun di sudut hati saya bermohon agar Allah merahmati dan memberkati perkongsian hidup di antara saya dan isteri. Semoga Allah mengurniakan kami rasa cinta, kasih sayang dan saling menghormati sehingga ke akhir hayat dan seterusnya dapat dikumpul dan dipertemukan di syurga yang paling istimewa bersama Rasulullah SAW. Syurga Allah yang paling istimewa untuk hambaNYA.

12 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

dah tujuh tahun rupanya...
moga berbahagia hingga ke anak cucu....

yazilahyazir said...

salam boss..
Saya doakan agar En. Hisyam dan keluarga dipelihara jodohnya, rezekinya, umurnya, kesejahteraannya, dan kesihatannya sepanjang hayat sehingga ke anak cucu. Amin..
Wassalam..
Have a nice day boss..

Lennyek said...

saya mendoakan kebahagiaan en.syam sekeluarga hingga ke akhir hayat..

aiShaH said...

Salam En Hisyam
Semoga perkahwinan yang dibina kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat..amin

hijau bumi Tuhan... said...

smoga bahagia dsmping isteri tercinta dan anak2 yg tersyg hngga ke akhir hayat...
smoga dmurahkan rezki dan dipnjgkan umur shingga ke anak cucu...insyallah...


salam perjalanan...

Anonymous said...

amin...
saya pon doakan juga...

Anonymous said...

semoga berbahagia.........
en url saya... tolong add saya
http://yoshimura-omar.blogspot.com/

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat ...

tahniah hapi aniversari yg ke 7..semoga berkekalan dan dimurahkan rezki..amin

PPT said...

Tahniah,
Takpa Boss dah tujuh, saya baru nak masuk tiga. Baru lepas hari tu September 2.

Cheers....

Anonymous said...

alhamdulillah..

Semoga berkekalan hingga ke anak cucu serta mendapat keluarga yang bahagia dan sentiasa berada di dalam rahmatNya.

Amin...

-ust-

hisyamchemat said...

Terima kasih semua.
Aishah dan PPT, tahniah dari saya sekeluarga. Semoga ikatan pernikahan anda juga kekal selamanya, berbahagia, sentiasa berkasih sayang dan seterusnya dipertemukan semula di syurga yang istimewa. Amin.

Anonymous said...

kalau ppt dah nak masuk 3, saya pun samalah.5 may hari tu.Best kan ada keluarga sendiri.Seronok tengok n layan karenah anak.Ape2 pun saya sentiasa doakan kebahagian bos sekeluaraga.Amin...