Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 18 September 2008

Allah Sayangkan Aku

“Ya Allah, jauhkan hamba Mu ini daripada perasaan bongkak, juah, takbur, riak dan ego. Amin.”

Ketika orang lain sudah bersedia untuk menghadapi SPM, saya juga turut bersedia. Namun dugaan menimpa. Abah pergi selama-lamanya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Saya berhenti sekolah kononnya untuk menjaga kakak. Saya ingin bekerja. Saya tak mahu kakak terus bekerja di kilang. Tak selamat. Anak lelaki tunggal ini sanggup berkorban demi kakak tersayang. Saya tak fikirkan masa depan ketika itu. Allah sayangkan saya. Dikurniakan-NYA ilham kepada guru-guru dari sekolah menengah tempat saya belajar pada ketika itu untuk datang memujuk dan saya akhirnya meneruskan pengajian. Saya lulus SPM.

Ketika kawan-kawan yang lain sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir Matrikulasi Sains di UPM, saya juga turut bersedia. Namun dugaan menimpa. Saya diserang demam campak di saat-saat yang begitu hampir dengan peperiksaan akhir. Saya perlu dikuarantin. Mat Gym, teman sebilik secara sukarela sudi membantu di dalam hujan menghantar saya ke Hentian Puduraya dengan motor Honda C70 miliknya(R6661 dalam kenangan). Saya mengambil tiket untuk pulang ke Kulim. Saya tertekan di kampung. Peperiksaan makin hampir. Saya begitu tidak selesa ketika pulang semula ke kampus untuk menjawab kertas soalan peperiksaan. Allah sayangkan saya. DiberiNYA saya peluang untuk lulus Matrikulasi Sains di UPM, walaupun tidak secemerlang kawan-kawan yang lain.

Ketika sahabat-sahabat lain sibuk menyiapkan tesis akhir pengajian di peringkat sarjana muda, saya pun turut sama bertungkus lumus. Namun dugaan menimpa. Saya menghadapi masalah besar dengan penyelia tesis. Beberapa orang sahabat baik juga mengalami masalah yang sama. Ada kemungkinan besar pada ketika itu kami tidak akan menamatkan pengajian pada semester tersebut. Saya risau. Cukup-cukup risau. Allah sayangkan saya. DilembutkanNYA hati sang penyelia agar menerima seadanya tesis yang telah saya sediakan walaupun mungkin tidak seperti yang beliau inginkan. Saya akhirnya bergraduat. Semua sahabat-sahabat saya seramai 19 orang turut bergraduat.

Ketika rakan-rakan lain di FSR telah mempunyai ijazah sarjana, saya seorang lagi yang tertinggal tidak punya apa-apa. Saya cuba memohon biasiswa sebanyak dua kali. Namun gagal. Kali pertama katanya (Bahagian Latihan dan Biasiswa, BLB) saya tak cukup syarat. Kali kedua pula jawapannya (Timbalan Pendaftar, BLB) kerana saya sudah menyambungkan pengajian peringkat sarjana di UPM. Maka jawapannya mudah sahaja, teruskan sajalah belajar di sana. Anda tidak memerlukan biasiswa. Belajar di peringkat sarjana di UPM tidak semudah yang disangka. Lebih tiga tahun saya cuba menghabiskan pengajian. Namun saya tewas. Kejayaan di UPM memang terlalu samar. Saya tidak nampak akan lorong kejayaan untuk menamatkan pengajian di sini walaupun saya hanya tinggal untuk menamatkan penulisan untuk tesis sahaja (matapelajaran wajib semuanya telah saya ambil, lulus agak cemerlang). Saya telah menghabiskan banyak wang dan masa sendiri untuk pengajian di sini (terpaksa berulang alik dengan wang sendiri dan mencari masa sendiri agar tidak mengganggu masa mengajar di UiTM), namun sinar kejayaan terus pudar. Saya tewas. Tiada kejayaan di sini.

Allah sayangkan saya. KepadaNYA sahajalah tempat saya mengadu. DiberiNYA saya peluang untuk berdoa di tempat-tempat yang paling mustajab. Saya dikurniakan rezeki untuk ke Tanah Suci bersama isteri dan anak tersayang, Kamilia. Saya gunakan sepenuhnya untuk berdoa. Setiap tempat yang dikatakan mustajab doa saya kunjungi. Saya teringat pesan ustaz yang menyampaikan tazkirahdi hotel tempat saya menginp semasa di Mekah. Kata beliau, “Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, janganlah lupa bermohon kepada Allah ketika berada di Tanah Suci. Ini kerana doa kita dengan mudahnya akan diangkat oleh Allah swt. Sekiranya doa kita tidak makbul hari ini, mungkin ianya esok. Kalau tidak esok mungkin ianya dimakbulkan lusa. Kalau tidak lusa mungkin minggu hadapan atau bulan hadapan atau seterusnya tahun hadapan. Kalau tidak juga maka Allah akan makbulkan juga doa kita nanti semasa di akhirat. Maka berdoalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian”.

Saya merasakan diri ini begitu hampir dengan Allah. Saya tidak henti-henti berdoa. Antara doa yang saya sentiasa baca ketika berada di tempat-tempat yang dikatakan mustajab doa: “ Ya Allah, aku pohon keampunanmu. Ya Allah, aku memohon kerahmatan darimu. Ya Allah, hambamu ini memohon taufik dan hidayahmu. Sesungguhnya hambaMu ini terlalu lemah. Kasihanilah hambaMu ini Ya Allah. Berilah peluang kepada hambaMu untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Berilah peluang kepada hambaMu untuk menamatkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Berilah peluang hambaMu menuntut ilmu sehingga ke peringkat sarjana dan PhD di luar negara. Ya Allah permudahkanlah segala kerja buatku, janganlah Engkau susahkan. Wahai Tuhan yang Mulia.”

Allah sayangkan saya. Daripada kegagalan awal, diberinya kejayaan di penghujungnya. Permohonan biasiswa saya untuk kali ketiga akhirnya berjaya. Saya berjaya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di La Trobe University, Bendigo, Australia. Saya titipkan kenangan yang tidak sampai setahun menuntut di Bendigo melalui laman sesawang ‘Khabar dari Bendigo’ sebagai kenangan sepanjang hayat. Allah mempermudahkan banyak kerjabuat saya sepanjang berada di Bendigo. Allah sayangkan saya. DipertemukanNYA saya dengan ramai insan-insan yang ingin membantu saya sekeluarga sepanjang berada di sana. Akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian di sana. Saya bersyukur kehadratNYA.

Isnin lepas saya dan Liza ke Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Ada majlis di sana. Majlis Konvokesyen khas untuk mereka yang tidak dapat ke Australia untuk menerima ijazah masing-masing. Dalam bahasa mudahnya, majlis untuk golongan yang berjimat ataupun yang tak mampu terbang semula ke Australia untuk menerima ijazah.
Saya telah dijemput untuk menerima ijazah Sarjana Pendidikan Luar dan Persekitaran dari Universiti La Trobe, Australia. Saya merupakan orang pertama yang naik ke pentas, maka layan sajalah. Tidak ada rehearsal langsung. Cuma ditunjukkan cara hormat sebelum terima ijazah daripada Pro Vice-Chancellor, Dr Kerry Ferguson. Itu sahaja. Majlis berlangsung tak sampai 45 minit. Wow! Cepatnya. Maklumlah cuma ada 45 orang penerima ijazah sahaja. Kebanyakannya ijazah sarjana muda. Selepas berlangsungnya majlis tersebut disediakan pula jamuan untuk para tetamu. Apa boleh buat, tengok sajalah. Nak makan, puasa.






25 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Ujian demi ujian yang Allah berikan adalah unutk menambah keimanan hambaNya. Saya kagum dengan en Syam menempuh dugaan-dugaan tersebut. Bagi saya, hanya orang yang betul-betul cekal dapat mengharunginya. Hasilnya Allah memberikan nikmat yang berlipat ganda kepada en Syam. Amin.

PPT said...

Congratulations !!!
Good Job and Well DOne Boss..

Cheers....

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah boss...
smoga dpt terus menimba dan mencurahkan ilmu, insyallah...


salam perjalanan...

Anonymous said...

tahniah bos...
nampak sedap jer.
=)

saya n d geng plak lepas raya nih..
insyaAllah..
hehe

zainal said...

Salam.

Tahniah dan selamat bergraduat. Kalau pompuan aku dah belikan bunga dah....ko dapat tahniah dan doa segala kebaikan untuk masa depan ko je...

yazilahyazir said...

Salam Boss..
Tahniah boss..
Kuat dan sabarnya boss tahan segala dugaan..
Boss contoh terbaik untuk kami semua..
Alhamdulillah..

FoO dA fIrSt#1 said...

tahniah bos atas kejayaan bos, harap lepas ni bos dapat buat PHd plak. bos tak roger ada majlis, kalau tak mesti teamtact sampai...

hisyamchemat said...

Sorry semua...
Saya ingatkan tempat duduk terhad. Rupanya banyak tempat kosong. Rugi juga tak bagitau.

wegreentheearth said...

tahniah bos..
semoga lps ni bergelar Dr plak insyallah..

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Prof. Dr. Hisyam Che Mat. Amin......

hisyamchemat said...

Amin Ya Rabbal'alamin

boying@gone said...

congratulation En. Hisyam.. semoga terus sukses...

Lennyek said...

tahniah utk en.hsyam..

setiap dugaan ada hikmahnya..semoga sentiasa success dlm hidup..

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

tahniah..semoga terus berjaya dunia dan akhirat...perjalanan masih jauh semoga tabah dan dirahmati olehnya sang pencipta...kenangan itu manis dan sangat cantik...syukur ya Allah

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat

bila nak sambung PHD lak ??semoga doa dimakbulkan amin.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

teringin sangat nak pakai topi bulat...

Stoner said...

congrats boss...

semua dugaan ni mematangkan kita

harap boss lebih tabah dan sabar

menghadapi dugaan-Nya

agar dapat Phd pula lepas ni

amin~

Anonymous said...

Tahniah..semua ni adalah kejayaan untuk anak2 dan isteri berkat kesabaran...

Anonymous said...

tahniah en hisyam...
all da best...
mknan 2 tak dapat masuk perut masuk beg pun jadi la.......
buka nnt boleh mkn.... hehehehehe
ank patung 2 igt kan utk kamilia tak pun kamil.... huhuhuhu

saYa said...

Salam...
TAHNIAH en Hisyam...
MAy Allah owez BLESS u & ur FAMILY..InsyaAllah..
&
yang paling PENTING SEKARANG...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
MAAF ZAHIR & BATIn...
(^-^)

>>>(adzly, zura, dny, joC, bunDa,Ct, fara, CT faraH, Syidi, DasRi,HrUL, syarul, Jinggo, wan, HADy, Netty & ekin.

aboy said...

Congrate boss.=)...InsyaAllah dua 3 tahun lagi doa boss untuk amik PhD tu termakbul jua..Amin..

teamtact said...

salam....

tahniah bos....semoga bos terus menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dididk ini....

Anonymous said...

salam..

congratulation boss, may soon we will call u Prof Dr..may happiness be with u n ur famly..

!qram said...

tahniah...en hsyam ni blog sy iqram...yg laen sume 2 x gune...thanks..

mommysarah said...

salam abang ungkal...sedih ler pulak saya membacanya... apa-apa pun, tahniah dari along. semoga abang ungkal akan terus berjaya dimasa akan datang, Insyaallah. Tak mo mai Nottingham buat phD ke? Mehler... mana tau, ada rezki. Insyaallah...