Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 4 September 2008

Buat Pilihan

Gabungan bekas-bekas siswa/i Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi (SR111) dan Diploma Pengurusan Kesenggangan (SR112) telah sepakat untuk mengadakan Jamuan Berbuka Puasa yang bertempat di Hotel Summit USJ hari Sabtu ini. Batch tersebut mempunyai nama tersendiri. Batch Iltizam.Saya dan beberapa orang pensyarah FSR telah dijemput ke Majlis Reunion tersebut.

Mereka merupakan kumpulan pertama yang terpaksa mengikuti kem khas untuk pelajar-pelajar baru. Kem khas untuk orientasi fakulti ini diberi nama Kem Program Siswa Gemilang (PROSIGA). Dari situlah batch ini mendapat nama.

Ketika mengambil subjek Recreational Outdoor Pursuit, batch ini boleh dikatakan antara yang aktif. Mereka melaksanakan Amali Perkhemahan Asas, Iltizam Gunung Belumut dan seterusnya Iltizam di Tasik Temenggor (Banding).

Ketika di semester terakhir pula kumpulan SR112 telah merancang dan melaksanakan program lawatan sambil belajar ke Pulau Phuket. Kami ke sana dengan bas UiTM. Itulah pertama kali bas UiTM merentasi negara Gajah Putih hinggalah ke Phuket. Perjalanan keseluruhannya adalah sekitar 1000 kilometer sehala.

Saya pernah menggunakan khidmat batch Iltizam sebagai fasilitator 'bidan terjun' untuk Final camp di Pulau Perhentian. Begitu banyak pengalaman saya bersama kumpulan ini.

Tapi sayangnya saya terpaksa menolak jemputan mereka untuk jamuan tersebut pada malam lusa. Kata mereka ada slideshow yang akan memaparkan sebahagian daripada pengalaman batch mereka di FSR. Arghh.. ruginya tak dapat ke sana. Tapi apakan daya, lusa saya ada komitmen keluarga. Ada saudara terdekat yang akan datang. Ada saudara yang akan terbang ke Melbourne selama 3 tahun untuk menyambung pengajian. Saya akan ke KLIA pada malam yang sama dengan majlis batch Iltizam. Maafkan saya batch Iltizam kerana menghampakan anda semua. Sesungguhnya saya amat berbangga dengan anda semua. Semoga anda semua terus berjaya dengan kerjaya masing-masing.

6 comments:

Anonymous said...

Teringat kat seseorang dalam batch tu... Hahahahaa! Cerita lama...

~izHa ChiCkY NunU~ said...

nie alamat blog baru saya........
fariha

hijau bumi Tuhan... said...

salah sorg batch iltzam duduk brsebelahan dgn saya di pjabat, haha...


salam perjalanan...

Ain Humairah said...

wahwah lan promosikan ain ker?? hehe thx nway..

xperlah en syam x dpt join mungkin rezeki pd masa lain.

Hm bidan terjun pun bidan terjunlah..Janji kita enjoy!!!

Fasi Bidan Terjun,
ein o_O

hisyamchemat said...

Alamak Ain,
Walaupun fasilitator 'Bidan terjun' (kerana dijemput di saat-saat akhir), tapi anda semua telah memberikan komitmen yang terbaik dan berusaha membantu saya di dalam menjayakan Final Camp di Pulau Perhentian. Terima kasih. Tak lupa juga kat Pak Tam dan Kudult yang turut hadir.

aboy said...

=)...Camne pun..Kalau kita dah involve ngan Final Camp ni..Mesti banyak manfaat nye..Disamping membantu untuk menyampaikan ilmu,secara x lansung kita pun menimba ilmu...Chiayo2..