Saya sekeluarga sekarang berada di Kg Gelam, Tangga Batu, Melaka. Beraya hari pertama di Melaka kami semua tahun ini. Nampak gayanya tahun ini agak meriah berbanding enam tahun lalu. Sebabnya... hanya kami sekeluarga dan Allah sahaja yang tahu. Kepada rakan-rakan yang beraya di Melaka atau di kawasan yang berhampiran bolehlah berkunjung ke rumah mak mertua saya. Buat panggilan telefon dahulu ya sebelum muncul. Saya akan pastikan kemunculan anda dinantikan.
Insyaallah raya kedua kami sekeluarga akan berangkat pulang ke Kulim. Tempat kelahiran saya yang sentiasa menjadi ingatan sepanjang hayat. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat membesar. Masih ramai lagi sanak saudara saya yang masih tinggal di Kulim yang perlu saya ziarahi di bulan yang mulia ini.
Sudah tentulah juga pusara emak dan abah akan menjadi antara lokasi yang akan saya kunjungi kelak. Esok (1/10/2008) genap 17 tahun abah pergi selama-lamanya meninggalkan dunia yang fana ini. Semoga roh Abah dan emak sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat allahyarham Che Mat bin Ishak dan allahyarhamah Rahimah binti Mohamad Noh.
7 comments:
Al fatihah....
Selamat hari raya boss...
Maaf zahir batin..
berkati ilmu yang diberi...
Berhati2 dijalan raya boss..ingat orang yang tersayang..=)
selamat hari raya........
berkati ilmu yg diber..........
berhati2 dijln ry.........
maaf zahir batin
Salam Aidilfitri. . . .
Baik-baik memandu. . .
Selamat..Selamat . . .
urm hati-hati...
banyak gak nak tanya ..
takpa nanti saya jumpa en.
hati2...
Slamt hari rye En hisyam..
al-fatihah...
slmt hari raya, snang2 jemputlah ke rumah beraya...
salam perjalanan...
salam hic mat,
selamat hari raya,maaf zahir dan batin..al fatihah, amin
Post a Comment