Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 10 December 2008

Kini Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah hampir 10 hari menyepi dan langsung tidak mengemaskini blog, kini saya kembali semula.

Bukannya saya merajuk atau membawa diri,tetapi saya dalam proses kehidupan dengan rutin baru. Rutin yang telah saya tinggalkan kurang lebih 3 tahun lalu. Kali terakhir saya melakukannya adalah ketika Kamil baru dilahirkan. Untuk pengetahuan penjengok sekalian, saya sekarang sedang melayani karenah si-kecil bersama ibunya yang kini sedang berpantang. Dah berapa hari saya tidak tidur malam. Siang pun dapat lelap kurang dari 2 jam. Mujur dah biasa dengan pengalaman di kem. Namun sebenarnya saya sendiripun tak kisah kerana mengenangkan pengorbanan yang telah Liza lakukan. Kini giliran saya pula untuk melakukan yang terbaik yang saya mampu.

Memang keluarga di Kulim ada menghubungi agar ‘diposkan’ ibu dan si-kecil ke sana. Begitu juga dari Tangga Batu,dah berbuih mulut Mak Bibah (ibu mertua) menelefon mengajak Liza dan anak-anak pulang menghabiskan pantang di kampung. Namun semuanya sia-sia. Saya dan Liza dah sepakat. Susah senang kami sama-sama. Jangan libatkan keluarga yang lain. Mereka pun ada kerja dan rutin harian yang perlu dilakukan. Jadi biarlah kami terus di Shah Alam. Alhamdulillah, Kamilia dan Kamil semasa mama mereka dalam pantang dahulupun saya yang mandikan dan jaga makan pakai mereka. Liza pun saya sediakan makanan pantang yang termampu.

Kaisara Afiqah setakat ini siang mengantuk malam berjaga (macam lagu la pulak). Kalau berjaga sahaja takpa la juga. Tapi siap menangis lagi. Lepas minum susu, lampin pulak penuh, lepas tu kembung perut pulak, lepas tu buang air besar pulak, lepas tu baju pulak basah sebab termuntah dan macam-macam lagi. Tapi saya OK, maintain dan cool …setakat ini masih boleh kawal lagi. Pengalaman dengan Kamilia dan Kamil dulu lagi hebat. Mungkin saya dulu pun masa kecil-kecil kuat menangis. Jadi turunlah ke anak. Takpa Kaisara baru nak kenal dunia.

8 comments:

wegreentheearth said...

pengorbanan yg bos lakukan amat bermakna pada ahli keluarga...
semoga saya dan rakan2 bloggers yg lain dpt mencontohinya...
insyaallah...

deedaa.jijah.linda said...

tahniah...dapat anak yg ke-3...sy tumpang gembira...semoga pengorbanan yang di curahkan dibalas dengan kebaikan belaka...Amin....
sampaikan salam saya pada kak liza...

Rindu Alam Indah said...

alhamdulillah en.syam..sy disini tumpang gembire dgr berita en.syam yg terkini..tahniah..semoda keluarga en.syam sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya..amin..

Roland Robert Imbang said...

Kaisara Afiqah...Sedap mana tu bos..Jadik mcm takut plak nak ada org rumah ni bos, bukan apa takut tak larat nak wat semua "keje" tu nanti..Hehehe..Apa2 pun, semoga bos sentiasa maintain dan cool...:)

teamtact said...

SALAM AIDIL ADHA....

Semoga satu hari nanti Kaisara dapat baca blog ayahnya ini....

hijau bumi Tuhan... said...

x lama lg kna la tukar gmbr 'Keluarga HiCMat' tu...tmbh lg satu ahli, hehe...
kirim salam pada kaisara afiqah...


salam korban...
salam perjalanan...

cy_sumandak said...

salam...

bestnya nama puteri boss, KAISARA AFIQAH..nanti boleh lah letak photo kaisara untuk tatapan kami yg jauh ni..

salam aidiladha utk boss n family..
semoga berbahagia hingga ke akhir..

hisyamchemat said...

Roland,
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa yang penting, kerjasama dan tolak ansur