Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 10 February 2009

Kalau Dah Ajal


Memang benar bagai dikata, kalau dah ajal sedikit pun ia tak akan berganjak. Kalau dah tertulis hari ini kita akan meninggalkan alam yang fana ini maka tunggu sahajalah Izrail datang menjemput dan jasad akan terus terbujur di pembaringan. Sememangnya hidup, mati dan jodoh pertemuan adalah urusan Allah S.W.T. Maka kita pula perlulah menggunakan sebaik-baiknya peluang kehidupan yang telah Allah S.W.T kurniakan kepada kita semua.

Kak Ti telah selamat pergi menyahut panggilan Illahi. Arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Paya Terendam selepas disolatkan di surau kampung tersebut selepas solat Zohor. Alhamdulillah begitu ramai saudara mara dan sahabat handai serta orang-orang kampung yang datang menziarahi jenazah.

Menurut cerita dari sumber-sumber terdekat, Kak Ti tidak menunjukkan sebarang perilaku ganjil sebelum beliau meninggal. Beliau cuma ke pekan Sik beberapa hari sebelum meninggal dunia. Tujuannya untuk mengeluarkan sejumlah besar wang dan dengan wang tersebut digunakan untuk membeli barang-barang dapur kering dan basah dalam jumlah yang besar. Katanya kepada pemandu teksi yang ditumpangnya adalah untuk dibuat kenduri. Pemandu teksi tersebut sememangnya merupakan teksi yang sering disewa oleh Kak Ti sekiranya arwah hendak ke Pekan Sik yang terletak kira-kira 7KM dari rumahnya. Arwah begitu percaya dengan pemandu teksi tersebut sehingga menunjukkan buku akaun Tabung Haji untuk kesekian kalinya kepada pemandu itu. Terkejut besar pemandu teksi itu apabila melihat jumlah baki wang yang terkandung di dalam buku akaun tersebut. Saya dapat jangkakan apa yang bermain di kepala pemandu teksi tersebut!. Kini semuanya dah tersebar di Kg Paya Terendam. Semuanya akibat dibawa mulut oleh isteri pemandu teksi tersebut yang begitu Kak Ti percayai boleh menyimpan rahsia.

Beberapa minggu sebelum Kak Ti menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau kerap menyewa teksi yang sama. Dibelinya kain batik, baju blouse dan bekas plastik dalam jumlah yang terlalu besar. Kesemuanya ini disorokkan daripada pengetahuan dan penglihatan suaminya dan keluarga terdekat di kampung itu. Yang tahu tentang pembelian itu hanya pemandu teksi, penjual dan Kak Ti. Kenapa Kak Ti membeli semua ini tiada siapa ketahui. Tetapi saya pasti semua ini bukan untuk diniagakan.

Pada malam sebelum meninggal, Kak Ti sekali lagi keluar ke pasar malam bersama suami, anak-anak dan ibu mertuanya. Banyak wang yang telah diperuntukkan untuk membeli barang-barang dapur basah pada malam tersebut. Arwah juga tidak lupa membeli kuih yang menjadi kesukaan anak lelaki kesayangannya, Amirul yang baru Darjah 6 dari tinggal di asrama. Seterusnya mereka menghantar kuih tersebut ke asrama dan arwah sempat berpesan agar Amirul rajin belajar dan tidak tinggal solat. Rupa-rupanya itulah pesan terakhir untuk Amirul (anak lelaki sulung) daripada ibu tercinta. Sudah pastilah Amirul begitu merasai kehilangan ibunya yang menjadi tempat dia bercerita kisah suka duka di asrama dan sekolah. Najihah anak kedua yang mukanya iras ibunya begitu sedih di sisi jenazah ketika saya sampai di rumah ibu mertua Kak Ti. Dia hanya mampu menangis teresak-esak di sisi jenazah. Hana (Bongsu) sememangnya seperti kanak-kanak lain gembira dengan ramai kawan yang datang. Hana masih lagi belum memahami erti kehilangan. Mungkin satu hari nanti dia akan memahami.


14 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

tak dpt sy bayangkan perasaan anak2 yg masih kecil kehilangan insan yg mereka sgt sayangi dlm usia yg begitu muda...pasti begitu perit utk mnghadapinya...

smoga amirul, najihah dan hana tabah mnghadapi dugaan dan rintangan hidup tanpa ibu tercinta...


salam perjalanan...

PPT said...

Salam Takziah dari Mazlin Othman sekeluarga. AMIN

sname said...

salam takziah unuk bos..
Amin..

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam hicmat,

semoga kak ti dirahmati dan ditempatkan dalam golongan yang beriman..amin

alfatihah..

FoO dA fIrSt#1 said...

salam takziah...

al-fatihah...

zainal said...

Salam Takziah.

Allah lebih menyayanginya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan umatNya yang dikasihi.Alfatihah.

Teman-teman yg lain ....sayangilah ibu bapa dan adik - beradik kita selagi mereka masih ada. kalau lama tak balik kampung, bertanya khabar berita...silalah mohon cuti...

teamtact said...

Salam Takziah

semogo arwah dicucuri rahmat, Amin.

Roland Robert Imbang said...

Salam takziah...

Roland Robert Imbang said...
This comment has been removed by the author.
warna warni kehidupan said...

salam takziah utk en syam sekeluarga..

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Sama-samalah kita doakan arwah berada di tempat yang mulia di sisi Allah.. Amin.

cy_sumandak said...

en.hisyam..

takziah dari saya, membaca coretan boss mengigatkan saya kpd mendiang ibu saya...Tuhan lebih menyayangi mereka..

Liza Azahar said...

Salam takziah daripada Bro Mikail dan K.Liza. Untuk pengetahuan Sham, Bro akan menjalani pembedahan gall bladder pada 17-2-09. Kebakaran di Victoria agak teruk. Kebakaran di Bendigo mengakibatkan satu kematian iaitu di kawasan Long Gully, Maiden Gully dan Eaglehawk. Near to Sportlight.

ad_chester said...

salam takziah dr ank guru mu aidie sr113..