Blog saya memang terbuka kepada sesiapa sahaja. Maka tiada istilah hanya kawan sahaja yang boleh melayarinya dan memberi komen. Tujuan saya membuka blog inipun sudah saya nyatakan sebelumnya.
Jadi kepada yang hendak memberi komen, pendapat atau cadangan...teruskan aja. Jangan bertangguh-tangguh atau rasa malu. Tiada sekatan bro.
Kepada penjengok-penjengok yang lain pula, bersikaplah positif terhadap sebarang komen, pendapat dan cadangan yang diberikan oleh rakan-rakan kita yang lain. Janganlah diserang individu tertentu hingga terbantut perkongsiaan idea beliau yang seterusnya. Anggaplah blog ini sebagai penyemai kasih dan pemupuk ukhwah di kalangan kita penggiat rekreasi tanahair khasnya dan rakyat Malaysia umumnya. Jangan gaduh-gaduh. 'Dunia' kita ini kecil saja. Kalau semua dok bergaduh siapa nak jaga.
Jadi teruskanlah berblog, biar sesibuk mana pun kita.
Dengan aktif berblog ini maka rakan-rakan kita yang jauh kita dekat-dekatkan. Yang dekat kita mesra-mesrakan dan yang mesra kita serasi-serasikan.
12 comments:
Haa, kepada kawan-kawan sekalian, dengar tu! Pesanan dah disampaikan. Renung-renung la ye.
Hehehe! Saya orang 1st bagi comment. Yesss!
Assalamualaikum...
Blog sekarang sudah menjadi minat dan hobi kepada golongan masyarakat yang celik IT. Alhamdulillah dengan kemajuan IT di dunia yang hanya sementara ini dapat menghubungkan insan-insan yang sudah terpisah jauh. Betul kata En. Syam, dunia ini kecil sahaja ditambah pula kita sebagai hamba Allah seringkali terlupa akan amanah sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan dunia dengan amal ibadah untuk-Nya. Elakkan permusuhan sesama insan. Ayuh, kita teruskan usaha memblog dengan sopan dan terhormat.
tiada hari tanpa Zikrullah
-ust-
Azmi & Ustaz,
Sengaja saya masukkan posting ini untuk mengikat kembali mana-mana yang hampir atau dah terlerai. Selamat Maju dengan Kerjaya. Ikhlas, beramanah dan beretika. Selamat dunia & akhirat.
Salam, En. Syam...
Final camp semester ni kat mana dan bila? Insya'allah, kalau ada peluang saya nak turut serta...
salam boss..
u'r a peacemaker, boss.
they should take u as their role model. to all my fellow friends, think before u speak, judge, act n etc, coz once everything is said n done, there is no turning back. silence doesn't mean u'r dumb..talking doesn't mean u'r always thoughtful. the best things is listen, take all critics as a challenge to change and only talk and view ur point when others want u to do it.
salam hicmat,
betul lagi benar lagi tepat....salam kedamaian salam penuh kasih sayang..semoga blog menyatukan peminat rekreasi tak kira di mana berada....berblog untuk kesejahteraan bro...tq
salam bos..
bagus ide2 yang diberikan tapi if we`re silent then others will never know what we`re thinking.. so the things will never changes..
kalau kita ada satu idea,orang lain ada satu ide berkongsi idea maka akan jadi dua idea..kalau ramai orang berkongsi idea maka jadilah banyak idea..kalau berjuta orang maka jadilah berjuta2 idea bukan berjuta2 lemon..
wahai kwn2..renung2kanlah
sokong...
kepada semua..
teruskan berekrasi..
undur bukan mengalah...
sokong...
kepada semua..
teruskan berekrasi..
undur bukan mengalah...
Salam wegreentheearth,
Memang betul apa yang diperkatakan tapi yang menjadi masalah adalah ada pihak yang tak nak mengalah... Nak idea dan pendapatnya saja digunapakai tanpa memikirkan pendapat yang lain terlebih dulu. Kenapa boleh jadi macam tu? Memang betul nak bagi candangan dan pendapat tapi cara penyampaian tu kurang kena sebab cara penyampaian tu seperti nakkan pendapat yang disuarakan digunapakai tanpa sebarang bantahan. Tak elok la macam tu...
dah mcm2 cara dah dibuat....nak cara pa lagi... cuba lepas ni buat je... tak payah tunggu suruh... bkn korang budak sekolah... so, kalau tak blh kene komen.. JANGAN JADI PAHAT.....
outdoor nie bagus.... bleh mengajar org buat bisnes bagi yang minat.... saya ada bagi cadangan kat pengetua lama pasal nak buat aktiviti untuk form 4 dia setuju..... belum hbs final kem lagi.... dah pandai2 huhuhuhu,,,,, saya and group trainer lame mgkin akan buat kalu ada rezeki ... bleh cari duit untuk sem depan .alhamdulilah ... thank cik syam.... inagt nak ajak fasi segan laaaaa...
Post a Comment