Semalam saya dapat panggilan dari Shawn jam 7.40 pagi. Katanya Yasir, pemilik blog Rembang Waktu kena tahan di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Doktor suspect batu karang. Itulah banyak sangat menyelam sambil minum air. Kan dah tertelan batu karang.
Kasihan Yasir,hari pertama Ramadhan dia sambut atas katil hospital. Tapi semua itu dugaan. Allah nak bagi dia peluang berehat. Tentu setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah malam tadi Yasir dah discharged daripada hospital.
Jadi kepada penjenguk-penjenguk sekalian banyak-banyaklah minum air kosong. Buang air kecil apabila tiba waktunya. Jangan ditahan. Kurangkan menu makanan laut dalam hidangan. Daging merah pun baik dikurangkan.
Dulupun saya ada pengalaman tiga kali kena batu karang dalam pundi kencing. Peritnya hanya Allah dan mangsa yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu. Terguling atas jalan tar menahan akit. PPT tentu ingat kejadian di Grik. Awal puasa 3 tahun lepas pun saya kena tahan di wad DEMC. Semuanya penangan batu karang.
Kalau sanggup, cuba-cubalah minum air lobak putih yang telah direbus. Sungguh mujarab. Saya dah cuba. Alhamdulillah berhasil.
2 comments:
Itu ayaq lobak putih memang mujarab tapi dia punya bau....
Sendiri Mau Ingat La....
Dah nama pun untuk perubatan kan..
Cheers...
awal mula pertama mula saya ingin mengucapkan jutaan terima kasi kat bos kerana udi datang menjenguk saya dan bagi air lobak putih sebagai ubat. alhamdulillah, agak mujarab la jugak. walaupun agak kureng bau air tu, kene la telan, ubat, dan takut operate punya pasal. terima kasih bos...
Post a Comment