Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 24 February 2009

Macam Ni La!

Belajar dari pengalaman lalu. Blog ini telah menjadikan pengalaman saya pada minggu lepas sebagai pengajaran berguna kepada pelajar-pelajar Diploma yang akan berkayak hari ini. Selepas membaca tulisan saya minggu lepas tentang pengalaman saya bersama pelajar degree, hari ini sejarah tidak berulang.

Ketika saya sampai di Taman Tasik Shah Alam untuk memulakan kelas amali tepat jam 8.30 pagi, semuanya telah tersedia. Pelajar-pelajar juga sudah bersedia. Peralatan untuk aktiviti juga telah disusun kemas. Mudahlah kerja saya.

Dari lima bintang saya boleh beri empat bintang setengah kepada mereka di atas usaha yang mereka telah lakukan untuk menjayakan amali berkayak pagi tadi. Lagi setengah bintang biar saya simpan hingga ke Amali Perkhemahan Akhir yang dijangka akan dilaksanakan dari 14 hingga 20 Mac 2009 bertempat di Lata Charok, Janda Baik, Pahang. Khabarnya INSTEDT dan Shahputra akan turut serta.

16 comments:

s h e r r y said...

terima kasih en hisyam!!

saya harap kami semua dapat meningkatkan prestasi kami dengan lebih baik pada masa akan datang..

lebih2 lagi semasa final camp nanti...

terima kasih sekali lagi...

hisyamchemat said...

Jadi resmi padi ya!

yazilahyazir said...

salam boss..
kalo takde ape aral...saya nak join final camp nanti..boleh?..
hehehehhe

hisyamchemat said...

Boleh sangat-sangat. Kehadiran alumni semua dinantikan. Maklumkan kehadiran.

NaD said...

terima kasih En Hisyam

seronok berkayak...
harap final camp nnti kami semua boleh buat yg terbaik lagi...

NaD said...

terima kasih En Hisyam

seronok berkayak...
harap final camp nnti kami semua boleh buat yg terbaik lagi...

are'dieka said...

terima kasih en Hisyam..4 bintang sudah memadai kepada kami yg baru belajar tentang kayak..
seronak..harab ada lagi ilmu yg boleh en.hisyam turunkan kapada kami..

-sOutherN_Sh@rK- said...

salam.. thanks encik Hisyam.. kalau tak sebab panduan daripada encik tentu sejarah akan berulang... thanks sebsb bagi kami banyak bintang :-D

Anonymous said...

trima kasih cik hisyam dan kpade sume yg dtg membantu...


bes wooooo kayak.....

Anonymous said...

mau tak 4 bintang....???

sume tak mandi pagi....... ntah gosok gg ke tak masing2...
hua3....

olie_8 said...

terima ksh en hisyam..tanpa panduan encik mungkin kami semua tak dpt lakukan dgn baik...

Clarise said...

wah!! 4 pun dah cukup baik untuk kami yan baru belajar ni..tapi terima kasih sangat2 saya ucapkan kerana memberi kami satu pengalaman yang susah untuk dilupa..thanks sgt2 sebab kayak memang best n enjoy..harap2 dapat buat lagi..

hisyamchemat said...

Jangan lupakan Adanan, Alumni dan fasilitator yang datang membantu.

hisyamchemat said...
This comment has been removed by the author.
crAzEe<33 said...

terima kasih en hisyam kerana bnyk mmberi tunjuk ajar kepada kami..
seronok dapat berkayak..

teamtact said...

Salam rekreasi....

harap2 pengalaman dan pengetahuan tu dapat diaplikasikan pada masa-masa akan datang