Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 19 February 2009

Usaha Mau Lebih Sikit!

Adanya kawan-kawan terdekat gunanya untuk ingat mengingati. Biasalah manusia, tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Akibat kelalaian dan ambil mudah, maka banyak masalah samada yang boleh dijangka atau memang sengaja tidak hendak dijangka akan 'muncul'.

Pagi-pagi tadi saya mendapat SMS daripada pelajar. Mereka memohon maaf kerana akan berlaku kelewatan untuk permulaan amali berkayak. Tercatat sebab dan musabab kelewatan tersebut. Alahai nasib badan... pelajar dah datang awal staf pula yang lewat nak keluarkan barang [nota: andaian dibuat berdasarkan kenyataan pelajar yang menyatakan bahawa mereka datang seawal 7 pagi]. Ini sudah bikin panas. Amali perlu dimulakan awal. Banyak teknik berkayak yang hendak dipraktiskan hari ini. Masa yang ada pula memang terhad. Amali hanya sampai jam 12.30 tengahari sahaja. Saya perlu memberi ruang yang cukup sebelum pelajar-pelajar terbabit memulakan kuliah subjek lain di sebelah petangnya pula.

Jam menunjukkan jam 10.30 pagi apabila semua barang selesai diturunkan daripada lori. Alahai nasib badan... minyak outboard pula tidak dibeli. Kenalah buat 'kerahan tenaga'. Minyak perlu dibeli. Ada yang sukarela menawarkan diri untuk pergi membeli.

Enjin Yamaha 20hp dilekatkan di transom. Alahai sekali lagi nasib badan. Tali starter tak ada la pula. Dah putus. Pelajar tak check dulu sebelum mereka angkut keluar dari stor ke dalam lori.

Usaha untuk mendapatkan enjin yang satu lagi pun gagal. Tak ada kenderaan untuk mengangkut enjin. Terpaksalah saya pun berkayak tepat jam 11.30 pagi. Takpalah depa saja nak penaya saya kot. Layan ajalah. Dinghi buat pertunjukan sahajalah kat tepi tasik tu. Terbakar sheikh!

6 comments:

Penerus Hidup said...

dari apa yang saya pelajari dulu, apa yang saya nampak kurangnya komunikasi diantara pelajar sesama mereka dan palajar dgn staff.... dan kurangnya persediaan dlm menjalankan sesuatu pekerjaan.. tak kira di kalangan pelajar atau staff fakulti... bagi saya, perkara ini yang perlu di perbaiki lagi... tak apalah boss... andai kata mereka nak penaya boss, tak berkatlah hidup mereka tu nanti... boss sila2lah lawat blog saya... dah buat baru dah... hehehe...
p.s:
buat saja2, tapi tak ada orang jenguk dan komen, tak best gak kkan... hehehe

cebad said...

siapa yg tak amanah di sini? bg setengah pihak suka ambil mudah, tapi kesannya besar tak sanggup ditanggung.

perancangan adalah penting kerana amsa utk melaksana adalah tetap. saya pun angin hari ini kerana pelajar tak pandai baca notis 'kereta pelajar dilarang masuk ke akademik3'.

FoO dA fIrSt#1 said...

salah siapa???????

s h e r r y said...

i hope that we all learn something from what had happen....
dont just learn but also take advantage from it...

Anonymous said...

Bagi saya kalau sebelah pihak je yang bagi kerjasama, sebelah pihak lagi tak bagi kerjasama..tak kan jadi benda2 mcm nie..

teamtact said...

salam rekreasi...
balajar buat preparation... harap2 tak berulang di final camp